Iklan pada ‘lock screen’ telefon pintar dijangka akan hadir tidak lama lagi. Sebuah syarikat pengiklanan, Glance dilaporkan sedang membincangkan dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Amerika Syarikat untuk memaparkan iklan pada ‘lock screen’ telefon pintar Android pengguna dalam tempoh dua bulan yang akan datang.

Sebuah platform akan disediakan bagi memaparkan tajuk berita ringkas, dan juga sedikit klip video, kuiz, permainan mudah alih dan foto yang akan muncul setiap kali pengguna menghidupkan ‘lock screen’. Ia akan bertindak seperti widget pada telefon pintar anda.

Paparan iklan sebegini mungkin tidak digemari oleh sesetengah pengguna. Dalam pada masa yang sama, Apple juga akan memperkenalkan widget pada ‘lock screen’ iPhone melalui kemaskini iOS 16 yang akan datang.

Hal ini tidak mengejutkan kerana pengguna amat jarang mengubah tetapan pada telefon masing-masing. Atas sebab itu, beberapa pengiklan termasuk Glance mengambil kesempatan ini untuk memaparkan iklan pada paparan ‘lock screen’ telefon pengguna.

Jadi, apakah pandangan anda mengenai tindakan pembangun platform yang memuatkan iklan pada ‘lock screen’ telefon pintar pengguna ini? Kongsikan pendapat anda dengan kami menerusi ruangan komentar di bawah.

Tinggalkan komentar