vivo X60t

Disember lalu vivo telah mengumumkan X60 dan X60 Pro dan kemudian disusuli pula oleh X60 Pro+ pada Januari. Kini, syarikat pengeluar telefon berkenaan telah menambah lagi model terbaru ke dalam siri ini.

vivo X60t kelihatan serupa seperti model X60 standard, cuma dibezakan pada penggunaan cipset MediaTek Dimensity 1100. Model standard siri X60 bagi pasaran China menggunakan cipset Exynos 1080, manakala untuk pasaran global pula menggunakan Snapdragon 870.

Perbezaan ini turut melibatkan bahagian fotografinya. X60t menampilkan tetapan tri-kamera yang dibangunkan secara bersama dengan ZEISS. Kamera-kameranya terdiri daripada sebuah kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera portret 13MP. Berbanding X60 standard, kamera utama X60t mempunyai penstabil gimbal.vivo X60t rasmi

Selain itu, X60t juga hanya menawarkan satu pilihan konfigurasi RAM dan storannya iaitu 8GB/128GB sahaja.vivo x60t Putih

Lain-lain spesifikasi masih lagi sama antara X60 dan X60t. Antaranya termasuklah paparan 6.56″ AMOLED HD+ Penuh 120Hz dengan pengimbas cap jari terbina dalam. Serta kamera swafoto 32MP, bateri 4,300mAh dengan pengecasan 33W, NFC, sokongan 5G, dan juga antaramuka OriginOS berasaskan Android 11.vivo x60t hitam

vivo X60t ditawarkan dengan dua pilihan warna dan telah pun mula dijual di pasaran China pada harga CNY3,498 (~RM2,207). Kemasukan telefon pintar ini ke pasaran global masih lagi belum dinyatakan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.