Utama Mobile Android Lenovo Moto G5 Plus dilancarkan di Malaysia, harga dari RM1,299

Lenovo Moto G5 Plus dilancarkan di Malaysia, harga dari RM1,299

700
0

Salah sebuah telefon pintar yang berbaloi dari segi harga dan spesifikasinya, Lenovo Moto G5 Plus kini dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Ia turut menampilkan beberapa ciri-ciri yang telah pun diperkenalkan pada Moto Z yang terdahulu.

Dari segi spesifikasi, Lenovo Moto G5 Plus boleh dikategorikan sebagai telefon pintar kelas pertengahan. Ia dilengkapi dengan paparan 1080p 5.2 inci, chipset Qualcomm Snapdragon 625, RAM 4GB, storan dalaman 32GB yang boleh dikembangkan melalui slot kad memori mikro SD, bateri 3,000 mAh dan sistem operasi Android 7.0 Nougat.

Pada kamera telefon pintar ini, menurut pihak Lenovo, Moto G5 Plus membawakan “kamera yang paling canggih di dalam kelasnya.” Ia hadir dengan kamera belakang 12MP berserta aperture yang luas pada f/1.7 yang mana turut dikatakan mampu menawarkan kadar pemfokusan 60 peratus lebih pantas berbanding telefon pintar yang terdahulu. Untuk kamera hadapannya pula, Moto G5 Plus menawarkan 5MP f/2.2.

Apa yang membezakan Moto G5 Plus dengan telefon pintar lain yang dijual pada harga mampu milik yang lain adalah pada perisian yang ditawarkannya. Antaranya adalah notifikasi pada skrin berkunci yang sebelum ini turut pernah diperkenalkan pada Moto Z dahulu.

Lenovo Moto G5 Plus kini boleh dibuat pra-tempahan di Malaysia secara eksklusif di Lazada bermula dari 4 Jun 2017. Mana-mana pengguna yang membuat pra-tempahan bakal menerima jaminan lanjutan sehingga 12 bulan berserta kerangka Moto Flip dan pelindung skrin. Ia dijual pada harga RM1,299.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.