Semakin banyak jenama pengeluar telefon pintar hari ini terutamanya dari China yang melancarkan sub-jenama sendiri bagi memfokuskan keutamaan mengikut segmen pasaran. Terbaru, Lenovo turut sama dilihat mengikut tren menghasilkan sub-jenama sendiri.

Sebuah akaun media sosial berbahasa Cina, Weibo untuk sub-jenama berkenaan telah pun diwujudkan dan dikongsikan bersama-sama dengan akaun Lenovo Mobile. Berdasarkan maklumat yang tertera pada akaun yang dikenali sebagai “Lemeng Mobile” tersebut, turut menyatakan yang ianya merupakan sebahagian dari Beijing Lenovo Group.

Bagaimanapun, nama Lemeng bukanlah satu nama yang baru di dalam Lenovo. Nama Lemeng Mobile pernah wujud sebelum ini dan memfokuskan penghasilan telefon pintar yang memfokuskan pada muzik sebelum ianya diberhentikan. Kini, selepas beberapa tahun ianya terkubur, sub-jenama Lenovo ini akan dibangkitkan semula.

Lenovo bukan sekadar menghasilkan telefon pintar di bawah jenamanya sendiri, malah turut memiliki Motorola Mobility yang dibeli dari Google pada harga USD2.91 billion dalam usahanya menembusi pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sumber berita dari Weibo Lemeng Mobile

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.