Utama Android Samsung Kelak lebih banyak telefon Samsung Galaxy A yang berciri Tahan Air

Kelak lebih banyak telefon Samsung Galaxy A yang berciri Tahan Air

Model-model telefon yang dikatakan bakal mempunyai ciri ketahanan air ini termasuklah Galaxy A33, Galaxy A53, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73.

126
0

Ketahanan air yang sering merujuk pada penarafan IP pada peranti kerap disediakan pada telefon-telefon pintar peringkat mercu. Walaubagaimanapun, Samsung dilaporkan sedang mencari jalan untuk memperluaskan ciri ini kepada lebih banyak peranti termasuk yang mesra bajet.

Sumber berita dari Korea Selatan, The Elec menyebut Samsung akan menyediakan ciri kalis air pada Galaxy A33 yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Selain itu, tiga buah model lagi dari siri Galaxy A juga akan dilengkapkan dengan ciri tersebut iaitu Galaxy A53, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73.

Sungguhpun telefon-telefon berkenaan akan menerima ciri kalis air, laporan berkenaan tidak menyatakan penarafan IP yang akan diterima. Berkemungkinan besar, Galaxy A53 dan Galaxy A73 akan menerima penarafan IP67 berdasarkan model sebelumnya.

Berbalik kepada Samsung Galaxy A33, jika betul seperti dilaporkan, ia akan menjadi telefon pintar kalis air yang paling mesra bajet. Namun, kita tidak dapat menolak kemungkinan akan berlaku sedikit penambahan pada harganya. Ini berikutan proses pengujian dan persijilan penarafan kelasakan memerlukan penambahan kos.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.