Utama Laptop Asus Laptop ASUS ROG Zephyrus Duo 16 GX650 dengan AMD Ryzen 9 6900HX...

Laptop ASUS ROG Zephyrus Duo 16 GX650 dengan AMD Ryzen 9 6900HX tertiris di internet

85
0

ASUS dilaporkan akan melancarkan laptop baharunya melalui siri yang dikhususkan untuk permainan berkomputer, ASUS Republic Of Gamers (ROG).

Menerusi laporan dari MyLaptopGuide, terdapat tiga varian baharu yang akan dilancarkan menerusi ASUS ROG Zephyrus Duo 16 GX650, iaitu GX650RX, GX650RW, dan GX650RM.

Ketiga-tiga varian berkenaan didapati telah menerima persijilan Bluetooth SIG menerusi pautan asalnya, namun semakan terkini maklumat berkenaan telah dibawa keluar dari senarai tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada model laptop ASUS baharu berkenaan akan dilancarkan dalam masa terdekat. Berkemungkinan juga, ia akan dilancarkan ketika acara CES 2022 kelak.

Dari segi spesifikasinya, ASUS ROG Zephyrus Duo 16 GX650 akan didatangkan dengan pemprosesan AMD Ryzen 9 6900HX. Untuk grafiknya pula, ia akan hadir dengan NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti.

Ia menyediakan paparan FHD+ 16-inci dengan kadar penyegaran semula 300Hz. Laptop ASUS ini turut menyediakan memori DDR5 16GB (4666MHz), dan storan SSD NVMe 1TB.

Secara keseluruhannya, ASUS ROG Zephyrus Duo 16 GX650 merupakan laptop gaming berspesifikasi tinggi dan kosnya juga boleh tahan tinggi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.