Utama Mobile Aplikasi Lazada, Shopee mula jual Kit Pemasangan Sendiri TNG RFID esok

Lazada, Shopee mula jual Kit Pemasangan Sendiri TNG RFID esok

985
0

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pembekal penyelesaian e-pembayaran, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG), akan menjual kit pemasangan sendiri Radio Frequency Identification (RFID) melalui Lazada dan Shopee pada harga RM35 bermula esok.

TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang membolehkan pengguna melepasi tol lebuh raya.

TNG dalam satu kenyataan hari ini berkata pembangunan kit TNG RFID itu diasaskan kepada matlamat pemasangan sendiri (DIY) bagi memberikan keselamatan yang lebih baik dan kemudahan untuk semua pengguna jalan.

Kit tersebut disertakan dengan panduan pemasangan bagi pengguna untuk mengaktifkan produk berkenaan mengikut keselesaan mereka sendiri.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Kami telah memperkenalkan kit DIY ini untuk memperkenalkan lebih banyak kemudahan memandangkan kami faham orang ramai mahu bergerak dengan lebih selamat dalam keselesaan kereta mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Syahrunizam Samsudin.

“Ketika dunia dan Malaysia memasuki norma-norma baharu, penggunaan TNG RFID adalah kritikal untuk membina gaya hidup yang mudah tanpa sebarang sentuhan bagi memastikan perjalanan yang lebih cepat, licin, dan selamat untuk semua pengguna jalan raya”, katanya lagi.

Proses pemasangan TNG RFID memerlukan pengguna untuk mengimbas kod respons cepat (QR) pada kit pemasangan bagi akses kepada panduan video maya atau mengikuti ilustrasi pemasangan yang ada bersama pakej itu sendiri.

Tinggalkan komentar