Untuk melajukan internet dengan menggunakan Command Prompt, kita perlu melakukan sedikit pengubahsuaian pada tatacara sambungan rangkaian Windows. Antara pengubahsuaian yang boleh kita lakukan adalah melalui DNS cache, ping ke default gateway, guna arahan netsh int tcp
serta pelbagai cara lain untuk meningkatkan kelajuan capaian ke internet.
Pada kebiasaannya, bila kita menghadapi kemerosotan kelajuan sambungan internet, kita akan melakukan restart pada peranti kita atau pada router yang kita pakai. Bergantung pada keadaaan, kadang-kadang cara ini juga dapat menyelesaikan masalah kelajuan sambungan ini.
Jika masih lagi lembab, kita biasanya akan start call customer service ISP yang kita langgan seperti TM Unifi atau Streamyx misalnya untuk kompelin tentang kadar kelajuan yang kita dapat. Bergantung juga dengan keadaan, jawapan yang diterima dari customer service tu biasanya boleh buatkan kita rasa macam nak maki balik je. Sebelum kita cadang nak maki ISP kita tu, elok kita cuba dulu tips dan tricks lajukan sambungan internet dengan Command Prompt ini dulu, seperti;
Isi Kandungan
Periksa kelajuan internet dengan ping ke default gateway
Anda boleh periksa kelajuan sambungan internet dengan menghantar paket-paket ping ke default gateway rangkaian anda.
Untuk mengetahui apakah default gateway anda, pada command prompt taipkan ipconfig /all
. Sebaik sahaja anda berjaya mendapatkan alamat IP default gateway, anda boleh mula melakukan ping berterusan dengan menaip, ping -t <alamat default gateway anda>
. Nilai -t
membawa maksud jumlah masa yang diperlukan untuk mendapat maklumbalas dari gateway.
Semakin rendah nilai masa yang ditunjukkan, semakin pantas kadar kelajuan rangkaian anda.
Bagaimanapun, menggunakan arahan ping secara berterusan akan memakan bandwidth rangkaian anda serta menggunakan sumber default gateway anda. Walaupun penggunaannya adalah sangat kecil, jika dilakukan secara kerap, ia akan memberikan kesan terhadap kuota penggunaan bandwidth rangakaian anda.
Perlepasan dan Pembaharuan IP (IP release and renew)
Penggunaan arahan ipconfig /renew
pada command prompt hanya sesuai digunakan pada sambungan WiFi sahaja. Anda akan mengalami peningkatan kelajuan untuk beberapa ketika bergantung kepada kekuatan isyarat WiFi yang anda terima. Bagaimanapun, bagi pengguna yang menggunakan sambungan kabel, penggunaan arahan ini tidak mendatangkan sebarang kesan.
Flush DNS
Komputer kita menyimpan senarai laman-laman web yang kerap kita kunjungi berserta alamat-alamat IPnya di dalam DNS resolver cache. Kadangkala, data-data yang disimpan ini menjadi lapuk (obsolete) setelah beberapa bulan atau minggu. Jadi, apabila kita melakukan ipconfig /flushdns
kita akan membuang data-data yang lapuk dan menggantikannya dengan data baru pada jadual DNS resolver cache.
Penggunaan arahan ini pada peringkat awal akan menyebabkan sedikit kelembapan disebabkan DNS lookup yang baru diperlukan untuk melengkapkan senarai. Bagaimanapun, lama-kelamaan anda akan mengalami perubahan dari segi kelajuan pada laman-laman yang sering anda kunjungi.
Reset Winsock
Windows menggunakan berbilang soket rangkaian untuk pertukaran maklumat, dan program-program boleh memasangkan LSP (Layered Service Providers) untuk menguruskan trafik dan melencongkannya ke laluan yang betul. Bagaimanapun, sebarang korupsi di dalam soket atau LSP yang dijangkiti boleh menyebabkan rangkaian menjadi perlahan, website yang dilencongkan ke tempat lain atau langsung tiada akses ke internet.
Jika ini berlaku, anda boleh membuat reset pada soket rangkaian Windows untuk menetapkannya kembali ke default, dengan menaipkan netsh winsock reset
dan tekan kekunci ‘Enter’.
Selepas selesai, anda dikehendaki untuk melakukan restart pada komputer anda untuk membolehkan arahan tersebut dilaksanakan sepenuhnya.
Netsh interface tcp
Taipkan arahan netsh interface tcp show global
pada command prompt dan perhatikannya dengan teliti.
Jika anda mendapati pada bahagian Receive Window Autotuning Level tidak menunjukkan ‘Normal’ sebagaimana yang ditunjukkan pada rajah diatas, anda perlu menaipkan arahan ini pula;
netsh int tcp set global autotuninglevel=normal
Arahan ini akan menetapkan semula tetingkap penerimaan TCP anda ke Normal jika ianya dalam keadaan Disable. Tetingkap penerimaan TCP merupakan salah satu yang memainkan peranan dalam menentukan kelajuan muat turun anda dari internet. Oleh itu, menetapkan tetingkap penerimaan TCP kepada Normal akan membantu anda meningkatkan kelajuan internet.
Selain dari arahan berkenaan, kita lihat pula parameter lain pada Windows yang melibatkan kelajuan sambungan internet iaitu ‘Windows scaling heuristics’. Untuk mendapatkan parameter ini, taipkan;
netsh interface tcp show heuristics
Jika pada bahagian ‘Windows scaling heuristics’ memaparkan keadaan ‘Enable’, anda perlu ‘disable’kannya dengan menaip;
netsh interface tcp set heuristics disabled
Setelah selesai melakukan cara-cara yang diterangkan di atas, anda boleh melakukan arahan ping <alamat default gateway anda>
untuk semak sama ada anda telah berjaya membetulkan kelajuan sambungan rangkaian anda atau tidak.
Jika masih lagi tiada perubahan, anda boleh call customer service untuk teruskan niat anda memaki ISP.
Artikel ini telah dikemaskini pada 25 Februari 2019
tips yang sangat bermanfaat..tq