Utama Mobile iOS Maxis mula tawarkan eSIM untuk iPhone XS, XS Max dan XR 25...

Maxis mula tawarkan eSIM untuk iPhone XS, XS Max dan XR 25 Februari ini

1013
0

Telefon pintar Apple iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR menyediakan sokongan eSIM dan di Malaysia, tidak banyak syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyediakannya. Oleh yang demikian, Maxis telah mengorak langkah dengan menyediakan sokongan eSIM bermula hari ini.

eSIM merupakan SIM yang terbenam (embedded) di dalam telefon pintar bagi membolehkannya bersambungan dengan perkhidmatan telekomunikasi tertentu di dalam sesebuah negara. Fungsi ini berguna bagi mengurangkan keperluan memperoleh kad SIM fizikal apabila pengguna mengembara ke negara-negara tertentu.

Sehingga hari ini, tidak banyak telefon pintar yang menyediakan sokongan ini. Antara telefon pintar di pasaran yang menyokong fungsi ini termasuklah Google Pixel 3, siri iPhone XS, dan iPhone XR.

Sumber berita diperoleh dari Amanz

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.