Utama Teknologi GovTech KPDN: Lebih dari 3,600 Laman Web Cetak Rompak telah disekat sejak 2021

KPDN: Lebih dari 3,600 Laman Web Cetak Rompak telah disekat sejak 2021

39
0
Imej dari Pixabay

Perang terhadap kegiatan lanun cetak rompak dilihat tidak berkesudahan. Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merekodkan sejumlah laman-laman web yang disekat dalam usaha membanteras kegiatan tersebut.

Menurut laporan Bernama, pihak kementerian telah menyekat sebnayak 3,682 laman web haram yang menawarkan dan menyebarkan kandungan cetak rompak seperti filem dan muzik dari 2021 sehingga November 2024.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata sekatan tersebut merupakan hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan penyedia-penyedia perkhidmatan internet tempatan. Tambah beliau lagi, ini merupakan usaha pihak kementerian dalam melindungi karya seni tempatan dari dieksploitasikan secara tidak sah.

KPDN juga akan terus memperkasakan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha menangani masalah perlanunan digital. Antaranya dengan memperkenalkan Program Penguatkuasaan Hak Cipta Siber (CyCore) untuk melindungi media tempatan dari kegiatan cetak rompak.

Imej dari Pixabay

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.