Utama Android Samsung Samsung sahkan sokongan Komunikasi Satelit pada siri Galaxy S24

Samsung sahkan sokongan Komunikasi Satelit pada siri Galaxy S24

300
0
Samsung Galaxy S23 Ultra-1
Gambar hiasan Samsung Galaxy S23 Ultra

Presiden Sistem LSI Samsung, Park Young-in baru-baru ini telah mengesahkan telefon pintar Galaxy kelak akan menyokong perkhidmatan satelit bermula tahun hadapan.Berkemungkinan besar telefon yang dimaksudkan beliau adalah siri Galaxy S24 yang dijangka akan dilancarkan pada awal 2024.

Bercakap di  Semiconductor Expo (SEDEX) 2023, beliau menambah persediaan teknikal telah pun dibuat bagi membolehkan sokongan komunikasi menggunakan satelit disediakan. Ini merujuk kepada sokongan satelit secara 2-hala menggunakan Modem Exynos 5300.

Pun begitu timbul persoalan jika Galaxy S24 Ultra menggunakan Snapdragon 8 Gen 3 dengan S24 dan S24+ menggunakan Exynos 2400, bagaimana pula model Ultra menyokong ciri komunikasi satelit?

Park Young-in turut memaklumkan rancangan Samsung untuk meningkatkan prestasi grafik telefon pintar keluarannya dengan menambahbaik ray-tracing. Ciri tersebut menjana pantulan cahaya bagi menambah kesan realistik permainan. Ia pertama kali diperkenalkan pada siri Galaxy S22 yang menggunakan pemprosesan Exynos 2200.Komunikasi Satelit menggunakan telefon

Beliau turut menyatakan mengenai Generative AI yang diketengahkan ketika pengumuman Snapdragon 8 Gen 3 oleh Qualcomm. Secara ringkasnya, fungsi tersebut membolehkan pembantu peribadi maya memberikan respon yang lebih mirip manusia, menjana media seperti foto dan video serta banyak lagi.

Tidak mustahil ciri-ciri tersebut mungkin akan diperkenalkan di dalam peranti yang menggunakan Exynos 2400 kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.