Utama Mobile Telco Kerajaan kekalkan DNB sebagai Penyedia Rangkaian Borong Tunggal 5G Malaysia; Tawarkan 70%...

Kerajaan kekalkan DNB sebagai Penyedia Rangkaian Borong Tunggal 5G Malaysia; Tawarkan 70% pemilikan kepada Telco

483
0

Kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan penggunaan model Rangakaian Borong Tunggal (SWN) bagi pelaksanaan 5G di Malaysia. Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Ini bermakna, Digital Nasional Berhad (DNB) kekal sebagai syarikat infrastruktur 5G kebangsaan dan akan terus memegang hak ke atas spektrum 5G di Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengubah struktur pegangan milikan syarikat tersebut dalam tahun ini. Kelak DNB tidak lagi dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan hanya 30% pegangannya masih dikekalkan menerusi Kementerian Kewangan (MOF). Baki 70% lagi akan ditawarkan kepada syarikat telekomunikasi tempatan dan dijangka selesai menjelang Jun 2022.

Sungguhpun berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan dalam pemilihan model pelaksanaan rangkaian 5G ini, pihak kerajaan masih kekal dengan sasaran 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia.

Awal bulan ini, DNB menyatakan pihaknya mensasarkan untuk menyediakan 5G kepada 37.9% di kawasan berpendudukan menjelang akhir 2022.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.