Utama Komputer Kerajaan Amerika Syarikat mengharamkan Penggunaan Kaspersky

Kerajaan Amerika Syarikat mengharamkan Penggunaan Kaspersky

781
0

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani undang-undang melarang kerajaan persekutuan menggunakan perisian yang dihasilkan oleh Kaspersky Lab, lapor agensi berita Reuters.

Usaha menjadikan larangan ini termaktub di dalam rang undang-undang sudah pun berjalan sejak beberapa bulan yang lalu susulan arahan dari Department of Homeland Security yang memerintahkan supaya sebarang produk-produk Kaspersky dihentikan dan dialihkan keluar serta merta.

Menurut agensi berkenaan, Kaspersky mempunyai hubungan yang mencurigakan dengan agensi perisikan Russia. Manakala, akhbar Wall Street Journal turut melaporkan pada Oktober lalu bahawa perisian antivirus Kaspersky telah digunakan oleh penggodam untuk menjejak dan mencuri fail-fail sulit dari computer pekerja-pekerja NSA. Bagaimanapun, pihak kerajaan Amerika Syarikat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyokong tuduhan ini kepada orang awam.

Pengharaman ini merupakan sebahagian dari rang undang-undang perbelanjaan pertahanan yang ditandatangani oleh Presiden Donald Trump. Ia bertujuan bagi menghalang pemasangan produk-produk Kaspersky di dalam agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat.

Kaspersky telah berulang-kali menafikan tuduhan-tuduhan yang mengaitkannya dengan pihak perisikan Russia dan juga Negara-negara lain. Syarikat pengeluar produk antivirus yang popular berkenaan menegaskan tidak akan membantu mana-mana pihak mendapatkan fail-fail dari penggunanya. Malah, Kaspersky turut menjadikan kod-kodnya sumber terbuka bagi membolehkan ianya disemak dan dibuktikan tiada sebarang elemen perisikan padanya secara terbuka.

Dalam kenyataannya kepada Reuters, pihak Kaspersky mengambil berat terhadap isu pengharaman ini. Pada minggu ini juga, Kaspersky telah mengumumkan penutupan ibu pejabatnya di Washington DC.

Sumber berita diperoleh dari Reuters Imej cover dari Ann Friendly Blogspot

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.