Microsoft turut mengumumkan keperluan minimum spesifikasi perkakasan yang diperlukan bagi menjalankan Windows 11 menerusi pengumuman rasmi yang dibuat baru-baru ini.

Berikut adalah senarai keperluan minima yang diperlukannya:

  • Pemprosesan atau System on a Chip (SoC) dwi-teras 1.0 GHz 64-bit
  • RAM 4GB
  • Storan 64GB
  • Paparan 9-inci HD 720p, 8-bits
  • Kad grafik / GPU yang menyokong DirectX 12 dan pemacu WDDM 2.0
  • Menyokong UEFI, Secure Boot, TPM 2.0

Microsoft turut menyatakan pengguna Windows 11 Home perlu memiliki akaun Microsoft dan perlu menghubungkan peranti ke Internet apabila pertama kali menjalankan sistem operasi tersebut.

Jelas sekali keperluan minima Windows 11 adalah lebih spesifik dan lebih tinggi berbanding Windows 10 sebelum ini, iaitu:

  • Pemprosesan atau cipset 1.0 GHz
  • RAM 1GB RAM untuk 32-bit / 2GB untuk 64-bit
  • Storan 16GB untuk 32-bit / 32GB untuk 64-bit
  • Kad grafik /GPU yang menyokong DirectX 9 dan pemacu WDDM 1.0
  • Paparan beresolusi sekurang-kurangnya 800 x 600.

Seperti yang diterangkan di dalam artikel sebelum ini, pengguna Windows 10 boleh menaik taraf Windows 11 secara percuma, hanya jika peranti yang digunakan memenuhi keperluan minima spesifikasi perkakasannya.

Microsoft juga turut menerbitkan alatan khusus, PC Health Check bagi membantu pengguna membuat semakan sama ada peranti yang digunakan mampu menyokong Windows 11.

Bagaimanapun, Windows 11 hanya akan diterbitkan untuk kegunaan umum secara rasminya menjelang penghujung tahun 2021. Pada masa yang, naik taraf percuma bagi pengguna Windows 10 juga akan ditawarkan sekitar pada masa yang sama kelak.

Tinggalkan komentar