Utama Teknologi Kenapa Perkahwinan itu Dirumitkan?

Kenapa Perkahwinan itu Dirumitkan?

1502
4

Rencana ini ditujukan khas untuk golongan berkapel yang merancang perkahwinan. Bohsia-bohsia dan mat rempit kaki kekah lain cerita.

Tahukah anda kenapa kes pembuangan bayi semakin meningkat? Mengikut analisis yang didapati melalui media tempatan, majoriti bayi-bayi yang dibuang ini adalah berbangsa Melayu dan kenapa Melayu?

Kaum Melayu adalah beragama Islam dan amat kuat berpegang kepada adat ketimuran. Mempunyai anak luar nikah adalah satu perkara yang menjatuhkan maruah. Jadi, sebelum kelahiran yang tidak diduga itu diketahui oleh masyarakat sekeliling yang mempunyai pegangan moral yang tinggi. Penghapusan bahan bukti (baca bayi) adalah perlu. Justeru itu, bagaimana ianya hendak dihapuskan? Buang aje la, ingat panjang sangat ke akal diorang ni nak fikirkan strategi yang lebih baik. Pembuangan bayi adalah satu pembaziran kepada negara untuk meningkatkan jumlah populasi.

Maka, takkan lah nak suruh diorang ni nak jaga bayi tu sampai dewasa. Efek ke atas psikologi kanak-kanak itu ketika dewasa kelak adalah bagaikan menjadi duri dalam daging dalam pembangunan sahsiah diri mereka. Lagikan pula, amat sukar lelaki yang sudah men’cret’kan benih itu untuk mengaku bertanggungjawab. Menggunakan khidmat Abang Long adalah salah satu cara yang baik untuk membuatkan lelaki yang men’cret’ ini mengaku dan seterusnya bernikah secara sah dengan perempuan yang sudah di’cret’nya itu. Cuma, tahan tak tahan je la mendengar cemuhan dan umpatan para jiran setempat yang menganggap diri mereka begitu suci dan maksum dari segala dosa.

Men’cret’kan benih adalah perlakuan yang kadangkala tidak dapat dielakkan semasa projek bersama awek dilakukan. Tambahan pula, kapel-kapel Melayu ini mempunyai rasa malu yang amat tinggi jika hendak membeli peralatan-peralatan perlindungan seks yang boleh di dapati di kedai-kedai serbaneka 24 jam, farmasi dan juga sesetengah kedai ubat cina. Projek-projek ini sering dilakukan di tempat-tempat yang sunyi seperti di taman rekreasi dan air terjun oleh disebabkan suasana yang romantik dan juga hasutan syaitan. Peratusan untuk pancut dalam ketika projek ditempat-tempat sebegini adalah tinggi kerana projek ini dilakukan secara tergesa-gesa dan sambil cover-cover line.


Selain dari tempat-tempat yang dinyatakan tadi, tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai port untuk beromen adalah di hotel-hotel bajet, rumah tumpangan, rumah sewa, bilik awek time mak bapak takda kat rumah, dalam kereta, atas moto, tepi tangga dan banyak lagi tempat-tempat yang dirasakan sunyi dan line clear.

Persoalannya, mengapa beromen tanpa bernikah?

Salah satunya adalah disebabkan hubungan cinta yang dibina sudah terlalu lama dan timbul perasaan percaya kepada balak masing-masing disamping keterujaan ‘adik’ si balak itu untuk meneroka sebuah lubang nikmat. Mereka inginkan cinta mereka pergi ke satu tahap yang lebih lagi dengan harapan hubungan mereka bertambah intim. Intim hotak lu. Itu sangap namanya.

Maka, jalan terbaik adalah pernikahan yang sah untuk membina rumahtangga yang bahagia. Bernikah mempunyai banyak hikmahnya disamping dapat menghindarkan diri daripada perlakuan dosa-dosa yang sering dilakukan oleh orang yang berkapel. Dosa orang berkapel. Pegang-pegang tangan itu dah jadi perkara wajib.

Kenapa mereka tidak bernikah sahaja dan bukankah ianya perkara yang perlu dilakukan sebagai umat Islam?

Rukun nikah adalah seperti berikut;

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

Sumber dari http://doaharian.blogspot.com

 Syarat nikah pula adalah seperi berikut;

Syarat-syarat calon suami (lelaki):
1.Bukan muhrim dengan bakal isteri
2.Dengan pilihan sendiri (tidak sah jika dipaksa)
3.Lelaki yang tertentu
4.Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dinikahi
5.Bukan dalam ihram haji
6.Tidak beristeri empat

Syarat-syarat calon isteri (perempuan)
1.Bukan muhrim dengan bakal suami
2.Hendaklah bakal isteri itu tertentu
3.Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis)
4.Tidak di dalam ihram haji
5.Benar-benar perempuan (tidak khunsa)
6.Bukan isteri orang dan tidak dalam idah

Syarat-syarat wali :
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Merdeka
5.Lelaki
6.Adil
7.Tidak cacat akal
8.Tidak dalam ihram
9.Tidak dari orang-orang yang muflis

Susunan wali :
1.Bapa
2.Datuk lelaki dari pihak bapa perempuan
3.Adik-beradik lelaki seibu dan sebapa
4.Anak saudara lelaki dari adik-beradik seibu sebapa hingga ke bawah
6.Adik-beradik lelaki sebapa
7.Anak saudara lelaki dari adik-beradik lelaki sebapa hingga ke bawah
8.Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
9.Bapa saudara dari sebelah bapa
10.Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah
11.Anak lelaki dari bapa saudara yang dari pihak bapa (sepupu)
12.Raja (pemerintah)

Syarat-syarat saksi:
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Lelaki
5.Merdeka
6.Adil
7.Boleh melihat (tidak buta)
8.Boleh mendengar (tidak pekak)
9.Mempunyai daya ingatan
10.Memahami bahasa yang digunakan ketika akad
11.Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)

Syarat-syarat Ijab dan Kabul
1. Syarat ijab:
i.Hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama erti dengan terang tepat.
ii.Tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan waktu yang terbatas dan tertentu (misalnya nikah kontrak).
iii.Tidak dengan taklik.
iv.Lafaz daripada wali atau wakilnya.
Contoh lafaz ijab: “Aku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …… (RM) tunai.”

2. Syarat kabul:
i.Tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan kabul (lafaz akad).
ii.Lafaz kabul (terima) tidak tertaklik.
iii.Tidak mengandungi perkataan yang terbatas waktunya.
iv.Hendaklah disebut nama isteri.
v.Lafaz kabul hendaklah sesuai dengan lafaz ijab.
vi.Hendaklah terang dan nyata, bukan sindiran.
Contoh lafaz kabul: “Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwin sebanyak sekian-sekian RM tunai.”

Sumber dari http://www.myjodoh.net/articles/rukun.asp

 Oleh itu, garis panduan yang ditetapkan oleh Islam tidaklah membebankan mana-mana pihak sama ada pihak lelaki mahupun perempuan. Justeru itu, dimanakah puncanya yang membuatkan para belia negara kita amat sukar untuk bernikah?

Perbelanjaan kahwin semakin meningkat? Ya, itu sudah pasti. Mengadakan kenduri kahwin tidak sama seperti mengadakan kenduri bacaan tahlil dan doa selamat. Ianya memerlukan lebih daripada itu dan ianya bukan hanya sekadar nasik minyak mu itu.

They want more.

Majlis perkahwinan yang mengikut ‘piawaian’ ini tidak mendatangkan masalah bagi golongan bangsawan. Mereka boleh membelanjakan segala macam benda merepek untuk membuatkan majlis mereka menjadi grand dan insyaAllah akan mencalonkan sebagai ‘Wedding of the Year’.

Masalah hanya berlaku apabila golongan marhaen seperti kita ingin menyibuk mengikut ‘piawaian’ yang begitu membazir ini. Segala macam persiapan yang merepek ini akan dibuat. Daripada solekan, persalinan pengantin, barang hantaran, set pelamin, bilik tidur, budak kompang, katering, set karaoke, sewa khemah, karaoke dan kad kahwin. Senang cerita, kalau nak buat yang paling basic pun, duit lu akan habis sekurang-kurangnya RM20,000. Ini gua cerita khas untuk lelaki sahaja kerana lelaki lah yang akan mengeluarkan keseluruhan kos.

Jadi, kenapa perlu untuk keluarkan modal sehingga RM20,000 untuk majlis yang berlangsung selama 1 hari sahaja itu? Untuk buat makan-makan tu gua rasa perlu. Itupun takda la sampai RM5,000 untuk payung 1 kampung dengan menu yang spesel.

Gua memang rasa pelik, hukum mana yang dipakai oleh masyarakat kita ini yang menyusahkan para pemuda-pemudi kita untuk mendirikan rumah tangga. Sepatutnya perkara yang membawa kepada kebaikan ini dipermudahkan. Tetapi diri kita sendiri yang menyusahkan diri sendiri.

4 KOMEN

  1. sebab orang dah tambah rukun baru…hantaran tu satu yang mesti..no ribu2 no nikah..dah tak tahan itu yang melarat..masalah memang bermula dari pasangan tu sendiri..dah tak mampu nak kapel2 lagi..nak kawen tak mampu dah tu miang..betul tak brader?

  2. Miang itu fitrah brader. Semua orang inginkan. Islam sudah berikan garis panduan yang mempermudahkan urusan kita.
    Tetapi masyarakat kita sendiri yang seolah-olah merumitkan lagi keadaan. Keadaan yang rumit ini seolah-olah kita menghalalkan perkara yang haram setelah kita sendiri yang menyukarkan urusan baik.

  3. dan yang harunya, bila campak bayi tuh merata. marah betol haku! Diorang x tahu ada sumber yang mahukan anak-anak terbuang tersebut. Diorang belom kenal OrphanCare. Dah ada dosa zina, pegi tambah pulak dosa membunuh!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.