Utama Mobile Telco Kempen Giler BagiLebih U Mobile Tawar Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi Yang Meliputi...

Kempen Giler BagiLebih U Mobile Tawar Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi Yang Meliputi Covid-19 Untuk Semua Pelanggan Rakyat Malaysia Dan Pemastautin Tetap

771
0

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2020 – Berikutan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan, syarikat telco U Mobile mengumumkan pelancaran beberapa promosi bagi memberikan nilai tambah kepada pelanggan ketika mereka mengamalkan norma baharu.

Antara promosi paling hebat dalam kempen Giler BagiLebih adalah GoInsure 3, iaitu produk insurans Kemalangan Peribadi (PA) yang bakal ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan rakyat Malaysia dan Pemastautin Tetap yang berkelayakan – sama ada pelanggan sedia ada, baharu, pascabayar, mahupun prabayar. Ini menjadikan U Mobile telco pertama yang melancarkan inisiatif sedemikian di Malaysia. GoInsure 3 akan dipakej dengan semua pelan telco U Mobile, dan amat relevan buat masa ini kerana turut menawarkan perlindungan tambahan untuk COVID-19.

Selain Golnsure 3, U Mobile turut menawarkan diskaun yuran bulanan sehingga 20 peratus untuk semua pelan Giler Unlimited (GX), kecuali GX 30. Bermula hari ini, pelanggan yang mendaftar untuk pelan pascabayar GX 50 yang berharga asal RM50 akan menikmati promosi RM40 yuran bulanan setiap bulan selama 12 bulan. Promosi ini adalah sebagai tambahan kepada promosi pelan pascabayar GX 68 dan pelan prabayar GX 38 sedia ada, yang masing-masing meneruskan tawaran harga promosi RM58 dan RM35 untuk pelanggan baharu.

Promosi ketiga di bawah kempen Giler BagiLebih pula akan membolehkan pelanggan menaik taraf peranti mereka kepada iPhone 11 128GB sekiranya mereka membeli iPhone 11 64GB menerusi pelan Unlimited HERO P139 atau Unlimited HERO P99. Lebih menarik lagi, mereka dapat menjimat sehingga RM1600 menerusi promosi ini bergantung kepada pelan yang dipilih.

Menyediakan Perlindungan Insurans Percuma Selari dengan Norma Baharu Kini

GoInsure 3 ditaja jamin oleh Chubb Insurance Malaysia Berhad, dan menawarkan Perbelanjaan Kematian Akibat Kemalangan, Perbelanjaan Hilang Upaya Akibat Kemalangan, Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan, serta Perbelanjaan Berkabung Akibat Kemalangan. Selepas berjaya membuat pendaftaran, pelanggan akan menikmati insurans ini secara percuma untuk bulan pertama. Tambahan pula, dalam tempoh bulan pertama ini, Perbelanjaan Berkabung juga akan meliputi kematian akibat COVID-19 bagi pelanggan yang berkelayakan. Jumlah perlindungan GoInsure 3 adalah bernilai RM13,000. 

U Mobile yakin bahawa pelanggan akan menghargai GoInsure 3 kerana ia menawarkan perlindungan untuk keadaan tidak diduga, baik kematian di rumah akibat kemalangan, kecacatan kekal akibat kemalangan jalan raya, mahupun kematian akibat COVID–19. Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkata, “U Mobile sedar pelanggan kami terkesan dengan pandemik ini dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. Justeru, kami berusaha memberikan sokongan yang relevan kepada mereka. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Chubb Insurance Malaysia Berhad untuk menyediakan GoInsure 3 dan menjadi telco pertama di Malaysia yang menawarkan insurans PA dengan perlindungan tambahan untuk COVID-19 bagi semua rakyat Malaysia dan Pemastautin Tetap yang berkelayakan. Dengan ini, pelanggan sedia ada, pascabayar atau prabayar dapat mengalami ketenangan fikiran dalam keadaan tidak menentu ini, kerana GoInsure 3 juga meliputi Perbelanjaan Kematian Akibat Kemalangan, Perbelanjaan Hilang Upaya Akibat Kemalangan, atau Perbelanjaan Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan.

“Kami sedar bahawa keadaan masa ini mungkin amat membimbangkan ramai orang, dan sebagai syarikat insurans, kami memainkan peranan penting untuk menyokong pelanggan dalam pengurusan risiko,” demikian kata Pengerusi Negara, Chubb Insurance Malaysia Berhad, Steve Crouch. “Selari dengan perkembangan pandemik COVID-19, penawaran insurans dengan perlindungan tambahan untuk COVID-19 amat diperlukan. Justeru, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan U Mobile bagi menawarkan penyelesaian insurans PA yang komprehensif dan mampu dimiliki kepada mereka yang memerlukan.”

Semua pelanggan U Mobile yang berkelayakan akan menikmati GoInsure 3 secara percuma untuk sebulan. Selepas itu, mereka boleh memilih untuk terus menikmati perlindungan ini dengan cuma RM3 setiap bulan, ataupun menarik diri mengikut kehendak mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari u.com.my/GoInsure3 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Giler BagiLebih, sila layari www.u.com.my

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.