Microsoft pada hari ini telah mula menawarkan kemaskini terbaru Windows 10 May 2020 (2004) untuk dimuat turun oleh penggunanya.
Menurut Pengarah Microsoft, Encik John Cable, “Beginning today, the May 2020 Update is available for customers who would like to install this latest release. We are taking a measured and phased approach to how we offer the May Update, initially limiting availability to those devices running Windows 10 versions 1903 and 1909 who seek the update via Windows Update.”
Untuk mendapatkan kemaskini ini, anda hanya perlu untuk pergi ke Settings > Update & Security > Windows Update > Klik Check For Updates. Seterusnya, kemaskini tersebut akan dilaksanakan. Anda juga diingatkan bahawa kemaskini ini bersaiz besar dan memerlukan kuota data internet yang agak banyak.
Hati-hati dengan kemaskini Windows 10 terbaru
Berdasarkan apa yang pernah terjadi pada kemaskini yang terdahulu, sebaiknya anda perlu mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap kemaskini ini. Ini bagi mengelakkan timbul sebarang masalah yang tidak diingini selepas kemaskini selesai dilaksanakan.
Bagaimanapun, anda boleh mencuba kemaskini terbaru ini dengan melalui kaedah yang dinyatakan di atas. Sebahagian besar pengguna di dalam Windows 10 Insider Slow Ring dilaporkan mampu menggunakan kemaskini terbaru ini pada peranti masing-masing dengan lancar.