Esports Malaysia, sebuah inisiatif dari pihak kerajaan untuk merancakkan scene sukan elektronik di Malaysia telah menerbitkan senarai sebanyak lapan buah universiti di Malaysia yang mempunyai kelab sukan elektronik. Mungkin, melalui inisiatif ini Malaysia dapat mencontohi Norway yang menawarkan mata pelajaran sukan elektronik di dalam kurikulum pembelajaran sekolah.

Scene e-sport di Asia Tenggara dan di Malaysia secara amnya telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Tahun lalu, pertandingan Major All Stars telah dianjurkan yang menyaksikan pelbagai pasukan e-sport antarabangsa telah hadir ke Malaysia untuk beradu kekuatan.

Malaysia Cyber Games juga telah diwujudkan dengan tujuan mencari bakat-bakat di dalam Malaysia seperti mana melalui penubuhan Team Taring yang mewakili Malaysia dalam permainan Dota 2 di peringkat serantau dan antarabangsa.

Bagi anda yang ingin mengetahui universiti-universiti tempatan yang mempunyai kelab sukan elektronik, berikut adalah senarai universiti-universiti tersebut:

  • Universiti Tun Abdul Razak – UNIRAZAK Esports Club
  • Swinburne University of Technology (Kampus Sarawak) – Swinburne Esports Club
  • Universiti Kuala Lumpur (Cawangan Kuala Lumpur) – UNIKL Esports Club
  • Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman – TARUC Interactive Gaming Society (My Alma Mater)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia– IIUM Esports Club

Manakala tiga buah lagi universiti sedang dalam proses penubuhan;

  • Universiti Tenaga Nasional – UNITEN Esports Club
  • Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Esports Malaysia kini sedang gigih meningkatkan scene e-sport di Malaysia dan bagi anda yang berhasrat ingin menubuhkan kelab sukan elektronik sendiri mahupun ingin melibatkan kelab sukan elektronik universiti anda dengan Esports Malaysia, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi contact@esportsmalaysia.org

-Sumber berita diperoleh dari Facebook Esports Malaysia

Tinggalkan komentar