Utama Apple Kapasiti sebenar bateri iPhone 14 kini telah diketahui

Kapasiti sebenar bateri iPhone 14 kini telah diketahui

934
0
iPhone-14-warna

Siri iPhone 14 secara rasminya telah dilancarkan dengan rekaan dan ukurannya masih lebih kurang sama dengan model yang dilancarkan pada 2021. Selain dari itu, kapasiti baterinya juga turut ditawarkan dengan kapasiti yang lebih kurang sama.

Hanya sedikit perbezaan yang terdapat pada model ini yang dijangka mungkin tidak memberikan kesan yang besar terhadap jangka hayat baterinya.

Apa yang membezakan dengan model pada tahun ini adalah kini terdapat dua model dengan bateri yang besar iaitu iPhone 14 Pro Max dan iPhone 14 Plus. Bateri kedua-duanya adalah sedikit kecil berbanding bater iPhone 13 Pro Max, namun perbezaannya tidak begitu ketara.

BaterimAhWj (Watt/jam)Beza
iPhone 133,227mAh12.4Wj+2.18%
iPhone 143,279mAh12.7Wj
iPhone 14 Plus4,325mAh16.7Wj
iPhone 13 Pro3,095mAh12.0Wj+3.43%
iPhone 14 Pro3,200mAh12.4Wj
iPhone 13 Pro Max4,352mAh16.8Wj-0.42%
iPhone 14 Pro Max4,323mAh16.7Wj

Bateri pada iPhone 14 dan iPhone 14 Pro sedikit lebih besar namun untuk beberapa peratus sahaja. Sama seperti model standard tahun lebih yang mempunyai bateri yang lebih besar berbanding Pro, model-model ini juga mempunyai perbezaan dari segi jenis cipset dan juga skrinnya.

Dari segi jangka hayat bateri, Apple mendakwa model Plus menawarkan jangka hayat bateri yang terbaik di antara iPhone-iPhone setakat ini. Malah model-model Pro ini juga menjanjikan penggunaan bateri yang bertahan sehari suntuk sungguhpun menawarkan sokongan Paparan Sentiasa Terpasang (Always-On Display, AOD).

Untuk pengecasannya Apple tidak mendedahkan keupayaannya secara rasmi. Namun berdasarkan maklumat yang dihantar ke badan persijilan, ia didapati tidak membawa sebarang perubahan baharu. Badan persijilan China, CCC menyenaraikan 29W (14.5V, 2A) untuk salah satu dari model iPhone berkenaan, lebih kurang sama dengan iPhone 13 Pro Max, yang disenaraikan secara tidak rasminya pada 27W.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.