Permainan komputer Just Cause 4 dan Wheels of Aurelia kini percuma untuk ditebus minggu ini di Gedung Epic Games. Pada minggu sebelumnya, Epic Games menawarkan permainan Close to the Sun dan Sherlock Holmes: Crimes & Punishments secara percuma.

Judul permainan bertemakan aksi pengembaraan di dunia terbuka, Just Cause dibina berdasarkan versi lebih baru enjin grafik Apex yang dibangunkan oleh Avalanche Studios. Melalui penambahan ini, permainan ini mampu menawarkan kesan khas cuaca ekstrem seperti puting beliung, ribut salji, ribut pasir dan banyak lagi.

Siri permainan Just Cause ini popular disebabkan oleh faktor keluasan kawasan yang boleh diterokai. Selain itu, permainan yang diterbitkan oleh Square Enix ini juga memberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja di dalamnya.

Seterusnya, untuk Wheels of Aurelia, permainan ini berkonsepkan novel visual pengembaraan yang berlatarkan Itali pada tahun 1978. Ia mengisahkan seorang wanita yang memandu di lebuhraya Via Aurelia dan bertemu dengan pelbagai watak di sepajang perjalanannya.

Gedung Epic Games menawarkan permainan Just Cause 4 untuk Windows sahaja. Manakala Wheels of Aurelia pula, permainan ini ditawarkan untuk Windows dan juga macOS.

Berikut adalah keperluan minima untuk memainkan permainan ini di komputer anda:

Just Cause 4 Wheels of Aurelia
Windows

·         OS: Windows 7 SP1 with Platform Update for Windows 7 (64-bit versions only)

·         Processor: Intel Core i5-2400 @ 3.1 GHz | AMD FX-6300 @ 3.5 GHz or better

·         Memory: 8 GB RAM

·         Graphics: NVIDIA GeForce GTX 760 (2GB VRAM or better) | AMD R9 270 (2GB VRAM or better) (DirectX 11)

·         Storage: 59 GB available space

Windows

·         OS: Windows XP SP3+

·         Processor: 2.0GHz CPU

·         Memory: 2 GB RAM

·         Storage: 500 MB

·         Graphics: Decent GPI with IGB

macOS

·         OS: macOS 10.6.8

·         Processor: 2.0GHz CPU

·         Memory: 2 GB RAM

·         Graphics: 512MB graphics card

·         Storage: 500 MB available space

Bagi anda yang ingin mendapatkan Just Cause 4 dan Wheels of Aurelia, anda boleh mendapatkannya sekarang di Gedung Epic Games. Kedua-dua permainan ini ditawarkan secara percuma sehingga 23 April 2020.

Tinggalkan komentar