Utama Teknologi GovTech Portal rasmi JPJ, MySikap tidak boleh diakses sementara waktu bermula dari 6...

Portal rasmi JPJ, MySikap tidak boleh diakses sementara waktu bermula dari 6 hingga 8 Disember 2024

108
0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan gangguan perkhidmatan berjadual bermula dari 6 hingga 8 Disember 2024. Akses ke perkhidmatan melibatkan portal rasmi JPJ dan sistem MySikap tidak dapat diakses bermula dari jam 6.00 petang sehingga 6.00 pagi pada tarikh-tarikh tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi jabatan berkenaan, penyelenggaraan tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan. Berikut senarai perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat di dalam penyelenggaraan berkenaan:

  • Kaunter JPJ negeri, cawangan dan UTC
  • JPJ Mobile
  • Portal awam dan rakan niaga
  • Aplikasi MyJPJ
  • JPJeBid
  • Kiosk JPJ
  • Pembayaran eWallet untuk Vehicle Entry Permit (VEP)

Pihak JPJ juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Bagi mengelakkan gangguan, pengguna perkhidmatan dinasihatkan menyiapkan transaksi sebelum atau selepas tempoh penyelenggaraan tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.