Utama Android Infinix Infinix Hot 50 4G kini di Malaysia pada harga RM499

Infinix Hot 50 4G kini di Malaysia pada harga RM499

382
0

Infinix secara rasminya telah melancarkan Hot 40 4G, model ketiga di dalam barisan siri telefon pintar mampu milik ini tiba di Malaysia. Berharga di antara model 5G dan Hot 50i, ia menawarkan paparan yang lebih baik, namun mempunyai pemprosesan yang lebih rendah kuasanya.

Model 4G ini dilengkapkan dengan paparan LCD 6.78-inci 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 800 nits. Di dalamnya, ia menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G100 bersama-sama RAM 6GB, dan storan 256GB. Untuk ketersambungannya, ia menyokong 4G, Wi-Fi 5, Bluetooth, NFC dan mempunyai bicu audio 3.5mm.

Dari segi fotografinya pula, telefon pintar peringkat pemula ini menampilkan kamera utama dengan dua sensor sokongan bersama-sama kamera hadapan 8MP. Bateri yang digunakannya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 18W dan pintasan pengecasan (bypass charging).

Untuk perisiannya pula, dia didatangkan dengan antaramuka XOS 14.5 berasaskan Android 14 dan bagi keselamatannya pula ia mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian tepinya. Tiada penarafan kerintangan debu dan air IP54 sebagaimana yang terdapat pada model 5G barisan siri produk ini.

Infinix Hot 50 4G hadir dengan lima pilihan warna dan dijual pada harga RM499. Anda boleh mendapatkannya menerusi kedai dalam talian rasmi Infinix di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh negara.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.