Penularan wabak Coronavirus telah menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia hingga ada sesetengah pihak yang membuat pelbagai andaian-andaian yang tidak berasas.
Antaranya adalah kebimbangan mendapat jangkitan Coronavirus dari pakej penghantaran produk-produk yang berasal dari China. Hal ini adalah sesuatu yang tidak berasas memandangkan jangka hayat untuk virus ini berada pada objek tidak hidup adalah sangat singkat.
Tambahan pula, untuk sesuatu penghantaran tersebut tiba ke Malaysia, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk sampai. Justeru, merendahkan lagi risiko jangkitan penyakit berkenaan.
Sungguhpun begitu, pihak Shoppe tidak mengambil ringan terhadap kebimbangan pengguna ini. Langkah menyahjangkit setiap pakej penghantaran dilakukan setiap hari di gudang-gudang transit, selain turut memeriksa suhu badan setiap pekerjanya dari masa ke semasa. Para pekerja yang terlibat juga diwajibkan memakai topeng perlindungan sebelum memasuki gudang.
Dear all, thank you for your interest in Shopee. All parcels from China would be uniformly disinfected by the airlines & delivered to your hands after customs inspection & quarantine. There is no potential danger. Please rest assured that the goods will be safe. pic.twitter.com/vPL2P95gfe
— Shopee(MY) (@ShopeeMY) January 29, 2020
Pegawai kesihatan dari Amerika Syarikat, Dr. Nancy Messonnier turut menegaskan tiada sebarang bukti yang mengatakan Coronavirus boleh menjangkiti melalui pakej penghantaran. Pada suhu bilik, risiko jangkitan dari virus berkenaan adalah sangat rendah, tambah beliau lagi yang turut memegang jawatan sebagai Pengarah Center for Disease Control, Center for Immunization and Respiratory Diseases, Amerika Syarikat.
Justeru itu, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati di dalam berkongsi maklumat mengenai wabak Coronavirus ini agar dapat menghindarkan diri dari kebimbangan yang tidak berasas.
Sumber diperoleh dari Twitter Shopee dan Mercury News













