Utama Mobile Telco Perkhidmatan Jalur Lebar 35Mbps berasaskan Satelit akan disediakan di 839 lokasi di...

Perkhidmatan Jalur Lebar 35Mbps berasaskan Satelit akan disediakan di 839 lokasi di seluruh Negara

464
0

SKMM baru-baru ini telah mengumumkan sebanyak 839 lokasi di seluruh negara bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar melalui satelit. Pelaksanaan perkhidmatan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Antara kawasan-kawasan yang menerima perkhidmatan ini adalah penempatan komuniti Orang Asli di pedalaman dengan 178 darinya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, dan Kelantan.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, sebanyak 138 dan 523 lokasi masing-masing telah dikenalpasti bakal menerima perkhidmatan berkenaan.

Berdasarkan dokumen Permintaan untuk Cadangan (RFP) yang diterbitkan oleh suruhanjaya tersebut, kriteria projek yang perlu dipenuhi oleh penyedia perkhidmatan adalah seperti berikut:

  • Average throughput of 35Mbps per user during all three (3) peak hours, defined as: 7.00am – 10.00am / 2.00pm – 3.00pm / 8.00pm – 10.00pm.
  • 60% of the subscribers in location to get an average throughput of 35Mbps.
  • The network must be available at least 98% of the time in a year, excluding any scheduled downtime.

Turut dinyatakan, perkhidmatan jalur lebar berasaskan satelit tersebut disediakan sebagai langkah penyelesaian sementara untuk tempoh sehingga dua tahun. Ianya disediakan sementara mendapatkan akses ke perkhidmatan kekal.

Penyedia perkhidmatan yang terpilih kelak juga perlu menyertakan akses Wi-Fi percuma kepada penduduk di kawasan berkenaan selama empat bulan. SKMM turut menjangkakan perkhidmatan ini bakal dapat disediakan pada Oktober 2021 nanti.

Selain dari penyediaan perkhidmatan internet di kawasan pedalaman, pelan JENDELA turut memperluaskan penerimaan rangkaian 4G, dan gentian optik di seluruh negara. Serta turut melaksanakan pemasangan rangkaian 5G melalui MyDigital.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.