Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan hasratnya untuk meneruskan lagi genosid terhadap penduduk Gaza ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Jumaat lepas.

Ucapan tersebut turut disiarkan melalui pembesar-pembesar suara yang dipasang oleh tentera rejim Zionis di sepanjang sempadan Israel-Gaza supaya didengari oleh penduduk Gaza.

The Guardian memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel yang mendakwa tentera rejim melancarkan operasi menggodam telefon penduduk di Gaza untuk menyiarkan ucapan dari Perdana Menteri Israel tersebut.

Bagaimanapun, menurut wartawan Associated Press (AP) yang berada di lokasi menyatakan tiada bukti yang menunjukkan godaman tersebut berlaku.

Benjamin Netanyahu kini sedang didakwa atas jenayah perang oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice, ICJ). Ucapan pada Jumaat lalu dilihat sebagai usaha beliau untuk menonjolkan diri di pentas besar dunia.

Tinggalkan komentar