Utama Android iQOO iQOO Z7 Pro dilancarkan; Hadir dengan Pemprosesan Dimensity 7200, Kamera 64MP

iQOO Z7 Pro dilancarkan; Hadir dengan Pemprosesan Dimensity 7200, Kamera 64MP

290
0

iQOO Z7 Pro telah dilancarkan di pasaran India sebagai penambahan baharu di dalam siri Z7 dengan spesifikasi yang lebih tinggi daripada model standard di pasaran.

Model berkenaan mempunyai skrin dan bateri yang lebih besar dengan pengecasan yang lebih pantas dari model Z7 standard di India. Berbeza dengan Malaysia, Z7 standard mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar dengan keupayaan pengecasan bateri dua kali ganda.

Menggunakan Funtouch OS 13 berasaskan Android 13, telefon pintar ini menawarkan skrin paparan AMOLED 6.78-inci 1080 piksel dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits. Paparannya ini juga dilengkapkan dengan sensor pengimbas cap jari terbina bawahnya.

Di dalamnya telefon pintar menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 7200 dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Untuk ketersambungannya pula, ia menyokong 5G, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.3.

Sistem kameranya menawarkan kamera utama 64MP pada bahagian belakang bersama-sama sensor berkedalaman 2MP dan juga kamera hadpaan 16MP. iQOO Z7 Pro menggunakan bateri 4,600mAh dengan sokongan pengecasan 66W.

Untuk harga, iQOO Z7 Pro berharga Rs23,99 (~RM1,350) untuk varian RAM 8GB dan storan 128GB. Ia ditawarkan dengan dua warna pilihan iaitu hitam dan biru. Setakat ini tiada makluman bilakah telefon pintar ini akan mula memasuki pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.