Utama Apple Pengguna iPhone dilaporkan alami ralat App Store selepas kemaskini ke iOS 16

Pengguna iPhone dilaporkan alami ralat App Store selepas kemaskini ke iOS 16

935
0
App Store error iOS 16 Update

Apple baru-baru ini telah melancarkan secara rasminya iOS 16 untuk semua iPhone yang menyokongnya. Sebilangan pengguna terawal kemaskini tersebut melaporkan mengalami ralat pada App Store di laman sosial masing-masing.

Berdasarkan laporan dari 9to5Mac, kebanyakan pengguna menyatakan tidak boleh memasang kemaskini aplikasi berikutan ralat App Store. Kemaskini iOS 16 dikatakan telah meminta pengguna untuk bersetuju dengan terma perkhidmatan baharu di dalam App Store.

Bagaimanapun, sebahagian pengguna mendapati satu mesej ralat muncul selepas menekan butang ‘Agree’ untuk terma berkenaan.

Selain itu, masalah pepijat ini bukan sahaja melibatkan iOS 16, malah turut melibatkan pada peranti yang menggunakan versi iOS yang terdahulu. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan yang dilakukan oleh Apple pada App Store berikutan pelancaran iOS 16.

Apple dijangka akan membaiki masalah ralat pada App Store ini secepat mungkin bagi mempermudahkan urusan para pengguna iPhone.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.