Utama Mobile iOS Apple naikkan harga jualan beberapa model iPhone di Malaysia

Apple naikkan harga jualan beberapa model iPhone di Malaysia

1164
1

Seperti biasa, pada setiap keluaran iPhone model terbaru, Apple akan mengemaskini harga telefon pintar generasi yang sedia ada di pasaran. Di Malaysia, harga-harga iPhone 6, iPhone 6 Plus dan iPhone 5s turut dikemaskini.

Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana tidak seperti sebelum-sebelumnya di mana iPhone model generasi yang terdahulu mengalami penurunan harga. Sebaliknya, kemaskini harga iPhone terbaru ini menyaksikan kenaikan harga pada beberapa jenis model-model iPhone yang lama.

Harga jualan iPhone 6 kini bermula pada RM 2,699, kurang cuma RM 3 dari harga sebelumnya. Bagaimanapun, bagi jenis 64 GB, harganya meningkat sebanyak RM 73, dari RM 3,219 kepada RM 3,199 sekarang ini. Harga bagi iPhone 6 Plus bagi kedua-dua jenis, iaitu 16 GB dan 64 GB juga meningkat masing-masing kepada RM 3,199 dan RM 3,699.

iPhone 5s, model yang lebih lama pula kini dijual pada harga RM2,278 dan RM2,490 bagi kedua-dua jenis 16GB dan 32GB.

Harga iPhone di Malaysia sehingga 10 September 2015

Lama

Baru

Beza

iPhone 6

16 GBRM 2,702RM 2,699-RM 3
64 GBRM 3,126RM 3,199+RM73
128 GBRM 3,550TiadaTiada

iPhone 6

16 GBRM 3,126RM 3,199+RM73
64 GBRM 3,550RM 3,699+RM149
128 GBRM 3,947TiadaTiada

iPhone 6

16 GBRM 2,278RM 2,199-RM 79
64 GBRM 2,490RM 2,499– RM73

Sudah pasti, peningkatan harga ini dipengaruhi oleh faktor kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika Syarikat. Menurut Google, kadar tukaran mata wang kini adalah USD 1 bersamaan RM 4.32. Apple masih belum menyemak harga jualan perantinya sejak dari pengenalan GST pada April lalu. Pada ketika itu, ekonomi Malaysia masih lagi dalam keadaan yang lebih baik dari keadaan sekarang.

Tidak dapat dipastikan berapa harga jualan bagi iPhone model terbaru yang akan hadir ke pasaran kelak jika trend kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia ini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih dalam masa yang terdekat ini.

Sumber info diperoleh dari Apple

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.