Utama Komputer Ulasan BenQ GW2785TC – Monitor yang menjaga pandangan mata anda

Ulasan BenQ GW2785TC – Monitor yang menjaga pandangan mata anda

Monitor BenQ Siri GW ini sesuai bagi golongan professional yang ingin menjadi lebih produktif dengan mengurangkan kesan keletihan mata. Sokongan input USB-C yang disediakannya juga mempunyai pelbagai fungsi seperti paparan berbilang peranti selain turut mampu mengecas laptop.

590
0
BenQ GW2785TC Eye Care Monitor

BenQ telah memperkenalkan monitor GW2785TC yang dikhususkan untuk kegunaan produktiviti. Selain pengkhususan tersebut, monitor ini juga menawarkan pelbagai ciri unik bagi melindungi mata pengguna yang menatap paparan skrin dalam tempoh masa yang panjang.

Antara teknologi yang digunakan adalah Brightness Intelligent Technology (B.I. Tech), Low Blue Light dan Flicker Free. Panel paparannya ini juga menerima persijilan dari TÜV Rheinland.

Teknologi pengurangan cahaya biru yang dipancarkan ini penting bagi pengguna yang sering bekerja hingga lewat dan mengakibatkan kesan terhadap kualiti tidur.

Ciri penjagaan mata monitor BenQ ini juga diperluaskan lagi dengan mod-mod khasnya iaitu Coding Mode untuk melakukan koding dan juga eReader yang memberikan keselesaan pada mata ketika membaca teks-teks panjang seperti di dalam e-book atau dokumen PDF.

Untuk mod eReader ini, paparan skrin akan diubah kepada mod warna neutral dengan warna hitam yang lebih lembut mirip peranti pembaca ebook seperti Amanzon Kindle. Secara keseluruhannya, kecerahan paparannya tidak begitu menyakitkan mata namun mencukupi untuk keperluan harian.BenQ GW2785TC Eye Care Monitor

Turut ditawarkan pada unit monitor 27-inci 1080p untuk ulasan kami kali ini termasuklah sokongan port USB-C, mikrofon terbina dalam dan panel yang boleh diputarkan. Port USB-C monitor BenQ GW2785TC ini juga menyokong penyambungan berbilang monitor melalui kaedah Daisy Chain yang akan diterangkan nanti.

Spesifikasi Monitor BenQ GW2785TC

  • Saiz panel: 27-inci
  • Jenis Panel: IPS
  • Resolusi: 1,920 x 1,080
  • Kecerahan: (Typ.) 250cd/m2
  • Kontras: 1,000:1
  • Kadar respons Piksel: 5ms
  • Rangkuman warna: 99% sRGB
  • Kadar penyegaran semula: 75Hz
  • Vesa: 100mm x 100mm
  • Input: DisplayPort 1.2, HDMI 1.4, USB-C denga 60W PD
  • Output: DisplayPort out, 3.5mm audio out

Rekaan dan Ciri-Ciri

Skrin monitor bersaiz 27-inci kini boleh dianggap saiz yang biasa diketemukan dan sesuai untuk kebanyakan pengguna. Ia tidak terlalu besar tetapi mempunyai ruang yang secukupnya untuk pengguna membaca, menulis atau membuat semakan dokumen. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menonton kandungan video secara bersebelahan dengan tetingkap aplikasi pelayar laman web.BenQ GW2785TC Eye Care Monitor

BenQ GW2785TC hadir dengan resolusi Full HD (1920 x 1080) melalui skrin IPS yang rata bersaiz 27-inci. Piksel beresolusi ini wajar digunakan bagi skrin bersaiz ini kerana ia membolehkan imej dan dokumen yang dipaparkan kelihatan ‘tidak pecah’.

Beberapa ciri penjagaan mata turut dimuatkan ke dalam BenQ GW2785TC yang dikhususkan kepada pengguna yang banyak menghabiskan masa di hadapan skrin. Ia mempunyai sensor pada lampu latarnya untuk melaraskan kecerahan secara automatik, seperti yang biasa terdapat pada telefon pintar.BenQ GW2785TC Eye Care Monitor

Ia juga mempunyai ciri Low Blue Light, Flicker-Free dan persijilan ketepatan warna EyeSafe dari badan pengujian bebas Jerman, TÜV Rheinland.

Input monitor BenQ GW2785TC terdiri daripada USB-C PD 60W, HDMI 1.4 dan DP 1.2 yang mencukupi bagi pengguna bekerja keras menggunakan komputer.BenQ GW2785TC Eye Care Monitor

Melalui input-input yang disediakan ini, anda boleh menggunakannya untuk bekalan kuasa ke laptop melalui USB-C atau menggunakan output DisplayPort untuk menyambungkan ke monitor kedua dari laptop anda secara daisy chain.BenQ GW2785TC Eye Care Monitor

Bingkai yang nipis pada sebelah atas dan sisinya menjadikan skrin ini kelihatan moden. Ruang untuk melaraskan ketinggiannya juga mencukupi dengan pilihan orientasi kedudukan panel yang meluas membolehkan pengguna memanfaatkannya untuk keselesaan ketika menggunakannya.

Mikrofon terbina dalam yang disediakannya mempunyai ciri pembatalan hingar dan bersama-sama pembesar suara stereo 2W padanya membolehkan anda menyertai sesi telesidang video terus dari komputer dengan mudah.

Pelbagai mod disediakan

Sejumlah tetapan skrin yang disediakannya merupakan bonus buat sesetengah pengguna. Mod e-paper mampu mengubah paparan anda menjadi skrin hitam putih gaya ‘e-ink’ yang amat berguna ketika membaca teks.

Mod color weakness pula boleh membantu pengguna yang mempunyai masalah rabun warna separa membezakan imej yang dipaparkan pada skrin dengan lebih baik.

Turut ditawarkan Care Mode yang dikhususkan pada pengguna dengan mata yang sensitif, serta Coding Mode bagi pengguna yang inginkan kontras yang tinggi pada teks dengan latar belakang warna hitam.

Prestasi monitor BenQ GW2785TC

Resolusi dan saiz monitor BenQ GW2785TC merupakan sesuatu yang wajar bagi sesebuah monitor produktiviti. Ketumpatan 82 PPI pula cukup untuk melakukan tugasan melibatkan imej dan juga bagi tontonan video.

Kecerahan 250 nit juga agak bagus di dalam mod yang lebih cerah. Bersama-sama nisbah kontras 1000:1 dan gamut warna hampir sepenuhnya sRGB, segala yang anda perlukan pada sesebuah skrin komputer yang baik ada padanya.BenQ GW2785TC Eye Care Monitor

Ciri pembatalan hingar pada mikrofon terbina dalamnya juga agak baik prestasinya. Misalnya ia mampu mengurangkan bunyi angin dari kipas yang sedang berputar pada tetapan sederhana. Pembesar suaranya juga boleh dikirakan memadai bagi kegunaan umum seperti mesyuarat dalam talian, mendengar radio, muzik secara santai dan juga tontonan video.

Kesemua tetapan dan ciri-ciri uniknya dilihat amat berguna dalam pelbagai tugasan dan dengan kadar penyegaran semula 75Hz yang ditawarkannya, anda boleh melihat pergerakan skrin yang lebih lancar pada desktop dan juga ketika memainkan permainan berkomputer.

BenQ ScreenBar e-Reading Lamp

Monitor BenQ GW2785TC turut sesuai digunakan bersama-sama BenQ ScreenBar e-Reading Lamp untuk pencahayaan yang lebih baik terutamanya ketika mengadakan sesi ulangkaji pelajaran pada waktu malam.

ScreenBar ini boleh digunakan bagi mengurangkan keletihan pada mata akibat terlalu lama berada di tempat yang kurang sesuai pencahayaannya. Anak mata pada kebiasaannya perlu bekerja dengan lebih keras di dalam suasana yang agak suram dan kelam. Dalam pada masa yang sama, anak mata juga perlu mengawal jumlah cahaya yang diterima apabila secara tiba-tiba terdapat pancaran cahaya yang silau terutamanya dari skrin peranti elektronik.BenQ ScreenBar

Oleh itu, BenQ Screenbar sesuai digunakan bagi tujuan aktiviti yang melibatkan pembacaan dan juga produktiviti.

Terdapat 8 Suhu Warna (Color Temperatures) 2700K-6500K yang disediakan pada ScreeBar ini dengan terdapat 14 tahap kecerahan yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pengguna. Turut disediakan ciri Auto Dimming yang membolehkan pencahayaan dipancarkan mengikut keadaan persekitaran melalui sensornya.

BenQ ScreenBar ini juga boleh dipasangkan pada mana-mana jenis monitor dengan mudah tanpa perlu mengikat skru atau apa-apa penyambungan. Anda hanya perlu melekapkannya pada atas monitor dan ia terus berada di kedudukan berkenaan dengan teguh. Malah, penggunaan lampu ini juga menjimatkan ruang di atas meja kerja anda kerana boleh disambungkan dengan peranti melalui wayar USB yang disediakan.

Kesimpulan

Monitor BenQ GW2785TC 27-inci dengan teknologi penjagaan mata yang mudah disambungkan pada mana-mana peranti termasuk laptop, tablet dan telefon pintar sebagai monitor luaran ini mampu membantu pelajar dan ibu bapa mengurangkan keletihan mata dan mengekalkan tumpuan ketika mengulangkaji pelajaran atau sedang bekerja dari rumah.

Siri monitor BenQ GW ini hadir dalam pelbagai pilihan saiz skrin. Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di laman web rasmi BenQ Malaysia dan boleh dibeli menerusi Shopee:

  • GW2785TC – , Shopee –
  • GW2485TC – , Shopee –
  • BenQ Screenbar – , Shopee –

Layari laman web BenQ Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.