Begitu banyak saat untuk menghargai Hari Raya sama ada anda menyambutnya bersama keluarga tersayang di rumah atau hanya berkumpul secara maya – ia tetap Raya Bermakna, Meriah Bersama.

Dan kamera anda menjadi salah satu perkara penting kerana setiap momen yang dirakam akan menjadi memori berkekalan dan sudah tentu menjadi keperluan buat si penggemar media sosial di luar sana untuk membuat kandungan berkualiti buat pengikut mereka – terutamanya sewaktu perayaan. Anda
boleh katakan ya untuk Samsung Galaxy A32 dan A32 5G kerana ia dilengkapi kamera beresolusi tinggi yang akan menghasilkan gambar dan video berkualiti untuk tatapan rakan-rakan di media sosial anda.

Sama ada untuk cabaran gambar OOTD pada waktu siang atau bermain bunga api pada waktu malam; Galaxy A32 mampu merakam gambar yang sangat jelas dan tajam kerana dilengkapi dengan kamera utama beresolusi tinggi 64MP dengan teknologi Tetra Binning, mengekalkan kualiti gambar anda walaupun ia dipotong. Jika anda ingin mengambil gambar swafoto atau membuat panggilan video untuk meraikan Hari Raya bersama keluarga dan rakan-rakan tidak kira dekat atau jauh, kamera hadapannya yang dilengkapi dengan 20MP akan membuatkan anda tampak sempurna kerana mempunyai ciri kesan
kabur dan smart beauty.

Jika anda merancang untuk membuat aktiviti menghiburkan bersama keluarga seperti melakukan tarian Raya di TikTok – Galaxy A32 5G pula dilengkapi kamera 4K UHD beresolusi tinggi yang boleh memberikan anda hasil rakaman video berkualiti. Tambahan pula, dengan kebolehannya untuk merakam video 4K, anda juga boleh memilih gambar terbaik dan kesukaan anda daripada variasi gambar pegun yang berkualiti 8MP – momen yang anda mahu ingati selamanya!

Dengan itu, sertai Cabaran #AwesomeDollaRaya yang kini sedang berlangsung hingga 15 Mei 2021 – untuk menyertainya, anda hanya perlu menari dengan lagu Raya baharu DOLLA di TikTok berlatarbelakangkan seni mural mereka di Jalan Tun HS Lee 1 dan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada sembilan unit Samsung Galaxy A32 yang akan diberikan!

Sehingga 31 Mei 2021, setiap pembelian Galaxy A32 (RRP RM1,099) atau Galaxy A32 5G (RRP RM1,199) akan menerima satu unit Galaxy Smart Tag (bernilai RM 209) secara percuma. Selain itu, jika anda membeli Galaxy A32 di Samsung e-Store, Samsung Experience Store, Samsung Authorized Retailers atau Telco Partners, peranti anda akan menerima pelan perlindungan Samsung Care+ selama setahun secara percuma. Oleh itu apabila anda melakukan kandungan yang awesome – peranti Galaxy A32 baharu anda akan dilindungi untuk kerosakan yang tidak disengajakan, kerosakan akibat kemasukan cecair termasuk membaik pulih skrin retak yang tidak terdapat dalam perlindungan waranti asas. Bukan itu sahaja – pelan yang bernilai RM110 itu juga termasuk dengan penggantian peranti dan perkhidmatan ambil sendiri dan penghantaran secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran #AwesomeDollaRaya, sila layari:

https://www.samsung.com/my/offer/awesome-dolla-raya/

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Raya Bermakna, Meriah Bersama Samsung, sila layari:

https://www.samsung.com/my/offer/rayabermakna2021/mobile/

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A32, sila layari:

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a32-awesome-violet-128gb-sm-a325flvixme/

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A32 5G, sila layari:

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a32-5g-awesome-violet-128gb-sm-a326blvhxme/

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.