Utama Mobile Android Kini pengguna iOS boleh guna Google Drive untuk migrasi ke Android

Kini pengguna iOS boleh guna Google Drive untuk migrasi ke Android

712
0

Google kini sedang berusaha menggalakkan penggunaan Google Drive untuk membuat pemindahan foto, kalendar dan nombor kenalan dari peranti iOS ke Android. Malah Google turut menerbitkan halaman Switch pada laman web android.com yang mensorotkan ciri migrasi kandungan melalui Google Drive.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna iOS perlu mengemaskini aplikasi Google Drive ke versi yang terkini. Kemudian pergi ke Menu > Settings > Backup dan pilih kandungan apa yang anda ingin pindahkan. Seterusnya, tekan pada butang Get Started.

Sebaik sahaja selesai melakukan backup, pengguna boleh mendaftar masuk menggunakan ID yang sama pengguna gunakan di Google Drive pada peranti Android yang menjadi lokasi pemindahan kandungan migrasi untuk melengkapkan prosesnya.

Fungsi migrasi di antara dua peranti yang berbeza melalui Google Drive ini tentunya amat dialu-alukan oleh pengguna. Namun, untuk kemaskini yang akan datang diharapkan agar Google sudi menambah fungsi migrasi kandungan lain seperti memindahkan SMS, muzik dan sebagainya.

Sumber berita diperoleh dari Android Police

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.