Utama Internet Pakar Teknologi ikrar tidak akan bantu Trump bina pangkalan data jejaki Muslim

Pakar Teknologi ikrar tidak akan bantu Trump bina pangkalan data jejaki Muslim

1040
0

Lebih dari 200 orang pakar-pakar teknologi dari syarikat-syarikat Alphabet, IBM dan Oracle telah berikrar tidak memberi apa-apa sumbangan kepakaran dalam pembinaan pangkalan data untuk menjejaki mana-mana individu di Amerika Syarikat berdasarkan bangsa, agama dan negara asal sebagaimana yang diminta oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Di dalam surat terbuka yang diterbitkan di Neveragain.tech, pakar-pakar berkenaan mengkritik Donald Trump yang pernah mengusulkan pembinaan sistem pendaftaran yang boleh digunakan untuk menjejaki individu-individu beragama Islam di Amerika Syarikat.

Surat yang ditandatangani oleh pakar-pakar yang terdiri daripada jurutera, pereka bentuk, eksekutif dan juruteknik ini turut membandingkan usul Donald Trump ini dengan apa yang telah dilakukan oleh IBM untuk Nazi Jerman ketika Holocaust sewaktu Perang Dunia Kedua dahulu.

We are choosing to stand in solidarity with Muslim Americans, immigrants, and all people whose lives and livelihoods are threatened by the incoming administration’s proposed data collection policies,” menurut sebahagian daripada isi kandungan surat terbuka berkenaan.

We refuse to build a database of people based on their Constitutionally-protected religious beliefs. We refuse to facilitate mass deportations of people the government believes to be undesirable.”

Surat terbuka tersebut hadir sehari sebelum persidangan yang melibatkan orang-orang penting industri teknologi Amerika Syarikat dengan Donald Trump di Trump Tower yang dijadualkan Rabu semalam. Perjumpaan berkenaan diharapkan dapat menjernihkan hubungan di antara pemimpin-pemimpin teknologi dengan Donald Trump yang mana kebanyakannya cenderung untuk memilih Hillary Clinton pada pilihanraya presiden yang lalu.

Sumber berita diperoleh dari Buzzfeed, Imej dari Eduardo Munoz Alvarez/AFP/Getty Images

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.