Utama Mobile iOS Apple dakwa pemasangan iOS 9 paling pantas dengan lebih dari 50 peratus...

Apple dakwa pemasangan iOS 9 paling pantas dengan lebih dari 50 peratus peranti telah dinaiktaraf

786
0
O iPhone 6S e o iPhone 6S Plus começam a ser vendidos no dia 25

Apple telah mengeluarkan kemaskini iOS 9 bemula dari 16 September lalu. Syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan produk seperti iPhone tersebut telah mendakwa bahawa para penggunanya kini sedang giat mengemaskini sistem operasi peranti mudah alih masing-masing ke kemaskini yang terbaru.

Lebih dari 50 peratus peranti telah mula menaik taraf sistem operasi masing-masing melalui kemaskini ke iOS 9. Ia dianggap sebagai penaiktarafan yang paling cepat dilakukan oleh para pengguna peranti Apple sepanjang sejarah.

Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Apple, Phil Schiller turut menyatakan rasa puas hatinya dan menganggap ianya merupakan satu permulaan yang baik bagi kemaskini terbaru untuk sistem operasi peranti mudah alih keluaran Apple ini.

Sehubungan itu, beliau turut mendedahkan produk terbaru dari Apple iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus bakal hadir ke pasaran bermula 25 September ini di sesetengah negara.

Sebagai perbandingan, iOS 7 telah dilaporkan dipasang pada 70 peratus peranti dalam tempoh hanya 20 hari sebaik sahaja ianya dilancarkan. Manakala bagi iOS 8 pula, jumlahnya lebih kecil di mana dalam tempoh seminggu ianya dilancarkan, hanya sekitar 25 peratus sahaja pengguna yang dilaporkan menaiktaraf sistem operasi masing-masing.

Kemaskini iOS 9 menawarkan ciri-ciri terbaik dalam sistem operasi bagi meningkatkan produktiviti pengguna seperti multitasking pada iPad, fungsi contengan pada aplikasi Notes yang siap sedia terpasang, aplikasi Siri yang lebih bijak, penambahbaikan dari segi prestasi sistem operasi, jangka hayat bateri, keselamatan serta banyak lagi.

Sumber berita diperoleh dari 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.