Utama Perkakasan Intel Intel mematikan sokongan DirectX 12 untuk CPU Generasi Ke-4 disebabkan Kerentanan Keselamatan

Intel mematikan sokongan DirectX 12 untuk CPU Generasi Ke-4 disebabkan Kerentanan Keselamatan

454
0

Intel baru-baru ini telah mengumumkan akan mematikan sokongan API DirectX 12 (DX12) untuk CPU Core Generasi Ke-4 keluarannya, Haswell. Tindakan ini diambil setelah mendapati terdapat risiko keselamatan yang melibatkan pemprosesan tersebut.

Satu kemaskini pemacu grafik (graphic drivers) baharu 15.40.44.5107 untuk CPU berkenaan akan diterbitkan. Nyahaktif sokongan ini turut merangkumi CPU di bawah nama Devil’s Canyon seperti Core i7-4790K dan Core i5-4690K.

Penyahaktifan ini hanya melibatkan GPU berintegrasi pada CPU Generasi Ke-4 sahaja. Jadinya, jika anda menggunakan kad grafik, penyahaktifan ini tidak akan memberikan apa-apa kesan pada penggunaan anda.

GPU berintegrasi yang akan dinyahaktifkan ini termasuklah:

  • Iris Pro Graphics 5200
  • Iris Graphics 5100
  • HD Graphics 5000
  • HD Graphics 4600
  • HD Graphics 4400
  • HD Graphics 4200
  • iGPUs pada CPU Pentium dan Celeron

Pemprosesan Haswell telah dilancarkan pada tahun 2013 dan turut melancarkan bersama versi pembaharuannya, Devil’s Canyon, setahun berikutnya. Sama seperti pemprosesan sebelumnya, Ivy Bridge dibina berasaskan nod proses pembuatan besar dan lapuk, 22nm. Intel masih lagi menyokong kebanyakan CPU-CPU berkenaan secara “Legacy Mode”.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.