Isi Kandungan
Intel Core M merupakan antara pemproses yang agak popular diperkatakan di dalam pasaran IT ketika ini kerana ia dijangka bakal mewujudkan satu revolusi di dalam laptop. Sebagaimana pemprosesan baru yang hadir ke pasaran, prestasi adalah kunci utamanya. Namun, kekuatan pemproses bukanlah segala-galanya dalam teknologi pembuatan pemprosesan hari ini.
Intel Core M adalah pemproses yang cekap penggunaan tenaganya. Melalui pengurangan penggunaan tenaga serta pengeluaran haba yang rendah, Intel Core M tidak memerlukan kipas untuk menyejukkannya. Oleh itu, para pengeluar laptop telah pun dapat menghasilkan laptop yang lebih tipis rekaannya untuk pasaran. Sebagai contoh, Macbook 12-inci yang dikuasakan oleh pemprosesan dari Intel ini cuma berketebalan 13.1 mm.
Apa yang bagus tentang Intel Core M?
Intel Core M telah didedahkan pada September 2014. Ia ditujukan khas untuk peranti ultra mudah alih, termasuk laptop dan peranti 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi laptop dan tablet.
Pemproses ini merupakan pemprosesan Intel pertama yang berasaskan senibina 14nm Broadwell. Melalui senibina 14nm ini, sejumlah 1.3 billion transistor telah dimuatkan ke dalam pemprosesan dwi-teras Intel Core M.
Saiz transistor yang lebih kecil mengurangkan saiz fizikal pemproses berkenaan dan secara tidak langsung mengurangkan jumlah penggunaan tenaga untuk mengoperasikannya. Kurang penggunaan kuasa juga memberi makna pengurangan penghasilan haba. Tiga faktor ini merupakan faktor utama yang menjadikan Intel Core M unik.
Melalui rekabentuk yang 50 peratus lebih kecil berbanding pemprosesan Intel Core generasi keempat sebelum ini, Intel Core M menghasilkan 60 peratus TDP (Thermal Design Power, amaun tenaga yang dilesapkan oleh CPU supaya dapat mencegah kejadian lampau panas) yang lebih rendah. Intel juga mendakwa pemprosesan terbaru ini mampu memanjangkan jangka hayat bateri laptop kepada 4 tahun serta menambah jangka waktu penggunaan bateri kepada 1.7 jam lebih panjang berbanding pemproses i5 generasi terdahulu.
Bagaimanapun, ini semua tidak bermakna bahawa Intel Core M bakal menggantikan pemproses berprestasi tinggi seperti i7. Dari segi penanda aras, Intel Core M berada pada kedudukan di antara bawah Core Series yang menggunakan senibina Haswell dan di atas Atom yang pada kebiasaannya digunakan pada tablet dan telefon pintar bajet. Senang cerita, prestasinya berada di tengah-tengah.
Generasi-generasi pemprosesan model Core yang seterusnya mengimplementasikan senibina Broadwell, justeru memberikan kelebihan terhadap sistem yang berprestasi tinggi.
Ciri-ciri utama Intel Core M
[tie_list type=”plus”]
- Direka untuk laptop dan peranti mudah alih
- Penggunaan tenaga yang rendah membolehkannya disejukkan tanpa sebarang kipas, menjadikan peranti boleh direka lebih nipis
- Menggunakan senibina Broadwell, mampu memberikan prestasi yang baik namun tidak sebaik i3, i5 dan i7
- Boleh didapati di dalam versi dwi-teras dengan grafik Intel HD5300
[/tie_list]
Peranti-peranti yang menggunakan Core M
Sebagaimana yang telah dijangkakan, produk-produk yang menggunakan Intel Core M telah pun hadir ke pasaran merangkumi jenama-jenama seperti Apple, HP, Asus dan Lenovo.
Berikut adalah antara tiga peranti yang menggunakan Intel Core M;
Laptop
Apple Macbook
Saiz Skrin: 12-inci
Ketebalan: 12.3mm
Harga: RM4,769
Ultrabook
ASUS Zenbook UX305
Saiz skrin: 13.3-inch
Ketebalan: 12.3mm
Harga: RM2,399
2-dalam-1
HP Elite x2
Saiz Skrin: 13.3-inch
Ketebalan: 20.8 mm
Harga: RM5,087
Siapa yang patut menggunakan Intel Core M?
Pasaran laptop secara keseluruhannya telah mengalami ketepuan di mana kebanyakan pengguna tidak merasakan manfaat yang besar hasil dari menaiktaraf/menukar dengan laptop baru.
Oleh itu, bagi anda yang tidak memerlukan penggunaan yang spesifik terhadap komputer seperti menyunting video/grafik atau bermain permainan video, sistem komputer yang dikuasakan oleh Intel Core M ini adalah pilihan yang sesuai.
–Imej cover diperoleh dari Intel MY
walaupun saya ni orang IT, saya tak faham amende cerita kat atas tu hahahahaha
LAP TOP YG DIGUNA NAMPAK ADA INTELL CORE NI..
nampaknya apple pun sudah lama jatuh cinta dengan intel, dulu masa pentium II bukan main lagi kutuk depan depan.
perkongsian yg bagus..
berbaloi dengan fungsi pemproses intel M.