Intel telah mengumumkan pemprosesan Intel Core Generasi Ke-12 untuk laptop baharu baru-baru ini. Menurut Intel, Core i9 baharu ini bukan sahaja lebih pantas berbanding cip Apple M1 Max, malah pemprosesan mudah alih terpantas keluarannya setakat ini.
Core i9 baharu ini menampilkna 14 teras CPU dengan enam teras berprestasi tinggi dan lapan teras kekecekapan tinggi. Secara perbandingan, cip M1 Max mengandungi 10 teras dengan lapan teras berprestasi tinggi dan dua teras bekecekapan tinggi.
Cip Intel peringkat tinggi ini juga mempunyai Turbo Boost maksima berfrekuensi 5.0GHz dengan kuasa yang diperlukannya mencecah 115W. Kuasa ini secara amnya lebih tinggi dari apa yang diperlukan oleh M1 Max dan tidak sesuai pelepasan thermal peranti.
Dalam pada masa yang sama, Intel turut berkongsikan carta asas perbandingan prestasi dan kuasa untuk tujuan pemasarannya. Pengukuran prestasi ini adalah berdasarkan suit penanda aras SPEC CPU 2017.
Menariknya, carta berkenaan mendakwa Core i9 baharu ini mencapai prestasi per watt lebih pantas berbanding M1 Max. Pun begitu, M1 Max secara keseluruhannya boleh beroperasi pada kadar watt yang lebih rendah dari apa yang ditawarkan oleh Intel.
Apa pun, kita masih lagi perlu melihat prestasi sebenar Core i9 Generasi Ke-12 ini beroperasi pada peranti-peranti yang akan berada di pasaran kelak untuk memberikan perbandingan yang lebih adil.
Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-12 Mobile baharu dilancarkan dengan 28 buah cip, merangkumi peringkat menengah dan rendah Core i7 dan Core i5. Cip pemprosesan berkenaan telah memasuki peringkat akhir pengeluaran dan peranti yang menggunakannya dijangka akan dilancarkan dalam tahun ini.