Infinix kini telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar mercu baharunya, Infinix Note 60 Ultra bermula dari 13 hingga 20 Mac 2026.
Peranti berprestasi tinggi ini ditawarkan pada harga RM2,999. Ia boleh didapati menerusi platform e-dagang rasmi dan pengedar yang sah di seluruh negara.
Infinix Note 60 Ultra diperkenalkan pada awal bulan ini sebagai varian paling premium dalam barisan siri Note 60. Peranti ini menonjol dengan pelbagai ciri mewah. Antaranya rekaan eksklusif hasil sentuhan firma automotif terkenal, Pininfarina.
Ia juga mempunyai sokongan keupayaan komunikasi satelit terbina dalam yang jarang ditemui pada kelas harganya.
Menurut Infinix, pelanggan yang membuat pra-tempahan peranti ini layak menerima pelbagai hadiah percuma eksklusif. Hadiah yang ditawarkan bernilai sehingga RM1,097 ini bagaimanapun bergantung kepada platform pembelian.
Ciri utama Infinix Note 60 Ultra
- Paparan: Skrin jenis OLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak mencatatkan 4,500 nits, serta dilengkapi paparan Active Matrix pada modul kamera di bahagian belakang.
- Pemproses: Dikuasakan oleh cip pemprosesan utama (SoC) MediaTek Dimensity 8400 Ultimate.
- Memori & Storan: Dilengkapi memori RAM sebesar 12GB yang dipadankan bersama ruang storan dalaman bersaiz 512GB.
- Bateri & Pengecasan: Dimuatkan dengan bateri berkapasiti sangat besar iaitu 7,000mAh, menyokong pengecasan berwayar pantas 100W serta pengecasan tanpa wayar 50W.
- Kamera Utama: Sistem tri-kamera yang diketuai oleh sensor utama 200MP (Samsung ISOCELL HPE), lensa telefoto periskop 50MP dengan kemampuan zum optikal 3.5x, dan lensa ultra-lebar 8MP.
- Kamera Hadapan: Lensa 32MP khusus untuk keperluan swafoto dan panggilan video.
- Pilihan Warna: Ditawarkan dalam dua kemasan elegan iaitu Torino Black (Hitam) dan Monza Red (Merah).
Anda yang membuat pesanan secara dalam talian menerusi kedai rasmi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop akan menerima cermin mata pintar AI Glasses, jam tangan pintar XWATCH N5 Pro, Pengecas Tanpa Wayar Magnetik 30W, serta jaminan peranti lanjutan 1+1 tahun.
Buat anda yang membuat pembelian fizikal melalui pengedar sah pula akan menerima cincin pintar AI Ring (sebagai ganti cermin mata pintar) bersama ganjaran lain yang sama.
Tidak ketinggalan, tambahan potongan diskaun sebanyak RM100 untuk pengguna perkhidmatan SPayLater











