PETALING JAYA, 26 Oktober 2024 – Sempena sambutan Perayaan Cahaya, CelcomDigi berharap dapat menginspirasi rakyat Malaysia untuk merenungkan kepentingan mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyambung semula ikatan dengan orang tersayang sambil memelihara tradisi yang penuh warna dan bermakna.
Dalam filem perayaan yang mengharukan, Inbam, kekuatan hubungan dan ‘keajaiban’ teknologi tercetus apabila dua adik-beradik memulakan perjalanan untuk menjadikan Deepavali lebih bermakna buat Patti (nenek mereka) dengan menghidupkan semula persahabatannya dan kegembiraan yang pernah dirasainya ketika menghasilkan sari bersama rakan-rakan tercintanya. Sebagai sebahagian daripada Generasi 5G, generasi Malaysia yang diperkasa oleh 5G, kedua-dua adik-beradik tersebut menggunakan teknologi secara kreatif untuk merapatkan jarak dan menghimpunkan rakan-rakan mereka untuk membantu Patti berhubung semula dengan rakan-rakannya, sambil memelihara tradisi budaya dengan mencipta semula sari yang berharga itu, menghidupkan semula detik-detik indah buat Patti.
Filem ini mencerminkan komitmen CelcomDigi untuk memenuhi keperluan sambungan lebih daripada 20 juta pelanggan dengan memudahkan hubungan bermakna, terutamanya pada saat-saat yang penting. Dengan berterusan menghubungkan dan melibatkan diri dengan pelanggan serta memahami keperluan dan keinginan mereka, CelcomDigi berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik – sebuah hubungan yang CelcomDigi ingin bina bersama pelanggan setiap hari.
Sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia, kami percaya bahawa sambungan ini adalah elemen penting untuk menjadi jenama yang pelanggan boleh percaya dan harapkan dalam era digital yang semakin maju. Melalui Inbam, kami berhasrat untuk mengingatkan semua orang tentang pentingnya berada dekat dengan keluarga dan rakan-rakan serta untuk tidak melupakan budaya yang mendefinisikan kita sebagai rakyat Malaysia, menekankan peranan CelcomDigi dalam menghubungkan rakyat Malaysia merentasi jarak dan generasi.
CelcomDigi mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya, semoga ia menjadi sambutan yang penuh kegembiraan bersama yang tersayang.
Untuk menonton video penuh, layari laman YouTube rasmi CelcomDigi di:
Untuk maklumat lanjut mengenai CelcomDigi, layari www.celcomdigi.com.