Utama Teknologi Infinix GT 30 akan dilancarkan di Malaysia pada 11 September ini

Infinix GT 30 akan dilancarkan di Malaysia pada 11 September ini

37
0

Infinix sebelum ini telah melancarkan GT 30 Pro ke pasaran Malaysia pada Mei lalu dan kini tiba giliran model standardnya Infinix GT 30 yang akan dilancarkan pada 11 September 2025.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar baharu Infinix ini dikongsikan. Apa yang kita dimaklumkan kadar penyegaran semula paparannya adalah 144Hz. Lain-lain maklumat spesifikasinya dijangkakan ia hampir sama dengan model Pro kecuali beberapa kelebihannya sahaja.

Telefon pintar ini juga dijangka akan membawakan ciri “butang pemicu bahu tersembunyi (hidden shoulder triggers) yang dinamakan oleh Infinix sebagai GT Triggers. Bahagian tersebut memberikan kelebihan pengendalian di dalam permua-permua.

Berdasarkan pelancarannya di India pada bulan lepas Infinix GT 30 akan mempunyai paparan 6.78-inci AMOLED, pemprosesan MediaTek Dimensity 7400, RAM 8GB dan storan 256GB. Turut disediakan bateri berkapasiti 5,500 mAh yang menyokong pengecasan 45W. Untuk pengimejan pula ia menggunakan kamera utama 64MP dan kamera bersudut lebar 8MP di belakangnya.

Tinggalkan komentar