Utama Mobile Aplikasi India haramkan TikTok, WeChat dan 59 Aplikasi dari China selama-lamanya

India haramkan TikTok, WeChat dan 59 Aplikasi dari China selama-lamanya

569
0

Kerajaan India sebelum ini telah mengharamkan lebih dari 250 aplikasi mudah alih dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Pengharaman ini berikutan isu pengumpulan data peribadi dan privasi pengguna.

Antara aplikasi mudah alih yang diharamkan di India termasuklah TikTok, WeChat, UC Browser, beberapa aplikasi berkaitan Xiaomi dan permainan.

Terbaru, India telah bertindak lebih tegas dengan mengharamkan sepenuhnya 59 aplikasi selepas wakil berkenaan gagal mengemukakan penambahbaikan mengenai isu keselamatan data dan privasi.

Pengharaman selama-lamanya ini tertakluk di bawah Seksyen 69A, Akta Teknologi Maklumat India atas sebab menggugat keselamatan negara. Buat sementara waktu ini, pengguna di India masih lagi boleh memuat turun dan menggunakan sesetengah aplikasi.

Akhbar The Times of India melaporkan syarikat berkaitan telah mengeluarkan notis berkenaan isu terbabit kepada pengguna-penggunanya. Setakat ini tiada senarai penuh aplikasi-aplikasi yang disenaraikan diharamkan selama-lamanya di India.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.