Utama Microsoft Windows 10 akan keluarkan notis peringatan jika SSD NVMe akan rosak

Windows 10 akan keluarkan notis peringatan jika SSD NVMe akan rosak

422
0

Pada kebiasaannya, agak sukar untuk kita mengagak bilakah cakera keras atau SSD yang kita gunakan akan rosak. Antara kedua-duanya, SSD merupakan perkakasan yang paling sukar untuk menjangkakan kerosakannya.

Mengambil kira perkara ini, Windows 10 bakal memperkenalkan notis peringatan bagi memaklumkan keadaan semasa SSD anda jika ianya hampir rosak.

Pengumuman ini dibuat Microsoft melalui Windows Insider Blog dan akan dimasukkan di Windows 10 Insider Preview Build 20226. Notis peringatan ini bagaimanapun hanya terhad pada SSD jenis NVMe sahaja.

Menurut kenyataan dari Microsoft, fungsi ini direka bagi mengesan sebarang kejanggalan pada perkakasan SSD NVMe dan akan memaklumkannya kepada pengguna.

Jika kegagalan SSD NVMe berkenaan bakal rosak, pengguna akan menerima notifikasi “A storage device may be at risk of failure and requires your attention”. Pada ketika itu, anda perlu melakukan langkah sewajarnya dengan memindahkan data-data penting dari SSD berkenaan ke media storan lain.

Fungsi berkenaan boleh diperiksa secara manual dengan pergi ke tetapan berikut:

Settings -> System -> Storage -> Manage disks and volumes -> Properties

Seterusnya, pengguna akan dipaparkan maklumat mengenai peratusan jangkaan tempoh hayat SSD berkenaan. Jika ianya bakal rosak, notis amaran akan dikeluarkan dalam warna merah.

Fungsi ini pastinya sangat berguna, namun agak terkilan sedikit kerana ianya terhad kepada SSD jenis NVMe sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.