Utama Mobile Aplikasi YouTube sahkan Iklan boleh muncul walaupun ketika video sedang dijedakan

YouTube sahkan Iklan boleh muncul walaupun ketika video sedang dijedakan

82
0

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini YouTube telah melakukan pelbagai perkara bagi cuba memastikan anda menonton iklan-iklan yang dipaparkan di dalam platformnya. Kini terdapat satu lagi kaedah baharu diperkenalkan yang membolehkan iklan dipaparkan walaupun ketika video tersebut dijedakan (pause).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada portal The Verge, Pengurus Komunikasi YouTube Oluwa Fadolun berkata iklan tersebut kini boleh ditunjukkan ketika skrin dijedakan. Ia diperkenalkan setelah menerima maklumbalas dari para pengiklan dan juga penonton.

Laporan tersebut juga menyatakan ia telah pun diuji dengan pengiklan-pengiklan terpilih sejak dari 2023 dan ia menjadi popular di kalangan para pengiklan. Di samping itu juga langkah ini turut menjana pendapatan untuk Google.

I paused my video and this showed up
byu/Pale_Baker3255 inyoutube

Para pengiklan tentu sahaja menerima dengan positif langkah ini. Namun, hal yang sama mungkin tidak dapat diterima dengan baik oleh semua penonton-penonton YouTube. Kemungkinan akan timbul masalah yang baharu kelak terutama melibatkan kepuasan ketika menonton.

Sesetengah pengguna akan menjedakan video YouTube pada tanda masa (timestamp) tertentu untuk disambung semula tontonannya kemudian. Ia juga berguna untuk dikongsikan kepada pengguna-pengguna lain tanpa perlu menonton keseluruhan isi video tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.