Di era dunia serba pantas hari ini, peranti pintar merupakan sesuatu yang amat penting untuk digunakan di mana sahaja bagi tujuan produktiviti dan hiburan. Peranti mudah alih seperti tablet adalah pilihan yang baik kerana ia mudah alih di samping mempunyai paparan yang lebih besar.
Huawei MatePad SE 11 (2024) menggabungkan rekabentuk yang kemas dengan kefungsian yang bersesuaian. Ia berukuran 252.3mm x 163.8 mm x 6.9 mm dengan berat 475g, menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Di dalam kotak pembungkusan tablet ini, ia mengandungi:
- HUAWEI MatePad SE 11
- Pengecas 40W HUAWEI SuperCharge
- Kabel Type-C
- Pin Penolak Sim
- Panduan Mula Segera dan Kad Waranti
Selain dari unit tablet berkenaan, kami turut menerima aksesori tambahan Huawei M-Pen Lite yang disokong penggunaannya bersama-sama MatePad SE ini. Berbeza dengan pena stylus untuk sesetengah tablet, Huawei M-Pen Lite perlu menggunakan bateri AAA untuk menghidupkannya.
Huawei MatePad SE menampilkan skrin 11-inci dengan nisbah aspek 16:10 beresolusi 1920 x 1200 piksel dan ketumpatan piksel 207ppi. Ia juga mempunyai nisbah kontras 1400:1 dan kecerahan puncak 400 nits.
Tablet baharu keluaran Huawei ini juga didatangkan dengan pemprosesan lapan teras bersama-sama RAM 6GB dan storan 128GB. Untuk sistem operasinya pula, ia menggunakan Harmony OS 2.0 dan baterinya pula ia mempunyai kapasiti 7,700mAh yang menyokong 22.5W.
Lain-lain ciri yang disediakan pada tablet ini termasuklah empat pembesar suara yang dilengkapkan dengan teknologi Huawei Histen 9.0, serta kamera belakang 8MP f/2.0, dan kamera hadapan 5MP f/2.2.
Harga Huawei MatePad SE 11 di Malaysia
Huawei MatePad SE 11 dijual pada harga yang dianggap sebagai agak mampu milik pada RM999. Ia telah pun mula dijual di pasaran Malaysia sejak dari 22 Jun yang lalu melalui pengedar yang sah di seluruh negara. Pembeli terawal berpeluang untuk menerima aksesori Huawei M-Pen Lite bernilai RM299 sehingga stok masih ada.