Utama Telco Astro Astro terima pampasan RM221,773.20 dari Restoran Nasi Kandar Terkenal kerana guna Siaran...

Astro terima pampasan RM221,773.20 dari Restoran Nasi Kandar Terkenal kerana guna Siaran Tanpa Kebenaran

105
0
Imej dari Blog Kisah Kini untuk Masa Hadapan

Astro telah mendapat penyelesaian terhadap rangkaian restoran nasi kandar popular di dalam negara kerana penyiaran tanpa kebenaran. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, pihak syarikat telah menerima pampasan menerusi penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Thaqwa (Malaysia) Sdn. Bhd.

Berdasarkan maklumat kes, rangkaian restoran berkenaan didapati hanya mempunyai langganan yang sah untuk dua buah premis sahaja. Namun telah meluaskan siaran tanpa kebenaran ke lapan cawangan yang lain menggunakan kad pintar Astro, kotak dekoder dan peralatan lain. Kesan daripadanya, Thaqwa telah melanggar perjanjian langganan berkenaan penggunaan siaran TV Astro yang tidak dibenarkan.

Tuntutan tersebut telah mengakibatkan pihak restoran membayar sebanyak RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd — iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad. Pihak Thaqwa juga bersetuju untuk menggunakan langganannya di lokasi-lokasi yang dibenarkan sahaja.

Astro turut menambah tindakan ini diambil bagi melindungi hak harta intelek miliknya. Pada tahun 2023, pengendali televisyen satelit dan penerbit kandungan ini juga mendakwa cetak rompak digital telah menyumbang kepada kerugian sebanyak RM3 billion terhadap industri media dan hiburan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.