Utama Laptop Huawei Huawei Matebook X Pro 2024 dilancarkan di Malaysia; Harga bermula dari RM8,999

Huawei Matebook X Pro 2024 dilancarkan di Malaysia; Harga bermula dari RM8,999

101
0

Huawei secara rasminya melancarkan laptop Matebook X Pro 2024 di pasaran Malaysia baru-baru ini. Ia merupakan laptop rekaan nipis lagi ringan buatan Huawei yang direka dengan kemudahan mobiliti dan perkakasan yang mantap.

Laptop ini menggunakan pemprosesan Intel Core Ultra (CU) 7 155H atau Core Ultra 9 185H bergantung kepada pilihan model. Didatangkan dengan konfigurasi RAM LPDDR5 sehingga 32GB dan storan NVMe Gen4 sehingga 2TB, laptop ini mempunyai berat kurang dari 1kg. Untuk ketersambungannya, laptop ini didatangkan dengan tiga port USB-C dengan dua daripadanya menyokong Thunderbolt 4.

Dari segi paparan, Matebook X Pro menawarkan skrin 14.2-inci beresolusi 3K (3120 x 2100) dan kadar penyegaran semula skrin 120Hz, lebih tinggi dari model sebelumnya yang menawarkan 90Hz. Skrin yang juga jenis paparan sesentuh ini mempunyai kecerahan puncak 1,000 nits. Menguasakannya untuk kegunaan mudah alih turut disediakan bateri berkapasiti 70Wj yang menyokong pengecasan pantas 140W.

Huawei juga telah membuka pra-tempahan untuk Matebook X Pro 2024 dengan harga bermula dari RM8,999 untuk pemprosesan Intel Core Ultra 7. Manakala untuk model Intel Core Ultra 9 pula harga jualannya RM10,999.

Bersempena pelancaran Huawei Matebook X Pro 2024 julung kalinya di pasaran Malaysia dan tempoh pra-tempahannya, Huawei akan menawarkan bersama hadiah percuma bernilai RM4,582 bagi setiap pembelian laptop berkenaan, selagi stok masih ada.

Maklumat lanjut, layari Huawei Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.