Utama Laptop Huawei Huawei MateBook D14 Intel Edition ke pasaran Malaysia, Harga RM3,399

Huawei MateBook D14 Intel Edition ke pasaran Malaysia, Harga RM3,399

559
0

Selepas membawakan edisi AMD Ryzen 3000 ke pasaran Malaysia pada tahun lepas, kini Huawei Malaysia membawakan MateBook D14 Intel Edition ke pasaran tempatan.

Laptop ini menggunakan pemprosesan Generasi Ke-10 Intel Core 10210U bersama-sama grafik NVIDIA GeForce MX250. Untuk pilihan memori dan storan, Huawei masih menawarkan pilihan RAM 8GB dan storan SSD 512GB.

Berat bagi laptop ini juga masih lagi kekal sama pada 1.38kg dengan menawarkan paparan Full HD IPS 14-inci. Tidak ketinggalan, MateBook D 14 Intel Edition turut menyediakan pengimbas cap jari terbina dalam butang kuasa.

Bersama-sama bateri empat-sel 56Wj, laptop ini didatangkan bersama-sama pengecas USB-C 65W. Untuk webcam, laptop ini menampilkan jenis pop-naik yang memberikan pilihan untuk pengguna menyimpan ketika tidak digunakan.

Kami berpendapat kehadiran Matebook D14 Intel Edition ini agak lewat memandangkan laptop terkini di pasaran sudah mula menawarkan pemprosesan Generasi Ke-11 Intel Core.

Apa pun, bagi anda yang berminat boleh mendapatkan laptop ini bermula 26 Februari dengan harga RM3,399.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.