Huawei secara rasminya telah mengesahkan akan mendedahkan telefon pintar boleh lipat mercu terbaru keluarannya, Mate X2 pada bulan ini. Pengumuman dibuat menerusi halaman Weibo rasmi Huawei semalam dengan sekilas pandang rupa peranti berkenaan.

Berdasarkan apa yang dipertontonkan di dalam imej ejek yang dikongsikan, Huawei Mate X2 menawarkan rekaan lipatan ke dalam.

Sebelum terdapat khabar angin tertiris yang mengatakan peranti ini hadir dengan skrin pepenjuru 8.01-inci dengan resolusi 2380 x 2222. Ia juga dikatakan didatangkan dengan paparan luaran 6.45-inci. Kedua-dua belah paparan berkenaan menawarkan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, khabar tersebut juga mengatakan Huawei Mate X2 akan dikuasakan oleh cipset 5nm Kirin 9000 5G, bersama-sama bateri 4,400mAh dengan pengecasan 66W. Besar kemungkinan, peranti ini hadir dengan sistem operasi Huawei Harmony OS yang menampilkan gedung aplikasi App Gallery.

Huawei Mate X2 akan dilancarkan di China pada 22 Februari ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.