Bagi pengguna pelan prabayar mana-mana syarikat telco, membuat tambah nilai atau topup pada kredit pelan prabayar yang digunakan adalah satu kelaziman.

Walaubagaimanapun, sesetengah pengguna adakalanya mungkin terlupa kaedah untuk melakukan tambah nilai dan panduan ini diharapkan dapat membantu mempermudahkan urusan sebahagian pengguna yang memerlukan bantuan.

Berikut adalah beberapa kaedah untuk menambah nilai kredit pelan prabayar Celcom Xpax:

Topup Celcom Xpax dengan mendail nombor 1111

  1. Dail nombor talian 1111
  2. Tekan nombor 1
  3. Tekan nombor 1 lagi
  4. Tekan nombor 2
  5. Operator akan menyatakan nombor talian Celcom yang digunakan dimasukkan pengguna dan tunggu jika nombor yang dimasukkan adalah betul
  6. Masukkan nombor PIN isian semula 16 digit berdasarkan arahan yang diberi

Topup Celcom Xpax dengan mendail nombor 1930

  1. Dail nombor talian 1930
  2. Tekan nombor 2
  3. Tekan nombor 1
  4. Masukkan nombor PIN isian semula 16 digit dan diikuti dengan butang “#”.

Topup Celcom Xpax dengan kod USSD

  1. Masukkan butang kekunci berikut: *122*16 PIN Isian Semula 16 Digit#
  2. Seterusnya tekan butang “Call”

Topup Celcom Xpax dengan SMS

  1. Buka aplikasi SMS anda
  2. Taipkan REC16 [PIN Isian Semula 16 Digit]
  3. Hantarkan ke 28882

Nota: PIN isian semula 16 digit boleh didapati di kedai-kedai telekomunikasi, kedai 7-Eleven, KK Mart, Speedmart, stesen-stesen minyak dan portal perbankan dalam talian.

Topup Celcom Xpax dengan aplikasi Celcom Life

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar, membuat isian semula kredit melalui aplikasi Celcom Life mungkin lebih mudah.

Muat turun aplikasi Celcom Life di Gedung Play

Selain untuk menambah nilai kredit pelan prabayar Celcom Xpax, aplikasi ini turut menyediakan info-info berkaitan dengan pengguna seperti jumlah penggunaan kuota data internet dan juga pembelian pakej data internet.

Cara pembelian melalui aplikasi ini juga agak ‘straigh-forward’ yang mana pengguna akan disediakan panduan yang secara jelas menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan.

Diharapkan panduan ini dapat membantu sesetengah pengguna yang tidak mengingati atau masih lagi tidak tahu cara-cara untuk membuat isian semula kredit pelan prabayar Celcom Xpax. Sebarang pertanyaan mengenai cara melakukan topup boleh diajukan melalui ruangan komentar di bawah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.