Utama Android Huawei Huawe Mate X6, Nova 13 akan dilancarkan di Malaysia 18 Disember ini

Huawe Mate X6, Nova 13 akan dilancarkan di Malaysia 18 Disember ini

146
0

Huawei telah mengumumkan acara pelancaran produk baharu di Malaysia pada minggu hadapan yang bakal menyaksikan kehadiran Mate X6, siri Nova 13 dan banyak lagi. Berlangsung pada 18 Disember ini, kedai rasmi Huawei di Shopee memaklumkan acara pelancaran tersebut juga akan memperkenalkan earbuds Freebuds Pro 4 dan juga warna emas mawar untuk earbuds Huawei FreeClip.

Mate X6 merupakan telefon pintar boleh lipat baharu keluaran Huawei yang menampilkan paparan utama 7.93-inci dan skrin luaran 6.45-inci. Ia juga lebih nipis berbanding model sebelumnya dengan ketebalan hanya 4.6mm apabila dibuka lipatannya.

Huawei Mate X6
Huawei Mate X6

Ia menampilkan kamera utama 50MP dengan OIS dan apertur boleh laras yang ditambah baik bersama-sama kamera telefoto 48MP dengan OIS dan zum optikal 4X, serta kamera ultra-lebar 40MP. Telefon pintar boleh lipat ini juga menggunakan bateri 5,110mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W dan nirwayar 50W.

Seterusnya untuk siri Nova 13 pula, telefon pintar peringkat menengah baharu ini hadir dengan pilihan model standard dan juga Pro. Model standard mempunyai paparan OLED 6.7-inci, manakala model Pro pula mempunyai paparan OLED LTPO 6.7-inci. Kedua-duanya mempunyai kadar penyegaran semula skrin 120Hz.

Siri Huawei Nova 13
Siri Huawei Nova 13

Untuk pengimejan pula, Huawei Nova 13 dan Huawei Nova 13 Pro dilengkapkan dengan kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera hadapan 60MP. Hanya model Pro sahaja yang mempunyai kamera telefoto 12MP dan kamera kedua 8MP di sebelah hadapannya. Kedua-dua model ini juga dikuasakan oleh bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 100W.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.