KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2025 – Siri HONOR X9 meneruskan mendominasi segmen telefon pintar kelas pertengahan Malaysia, dengan HONOR X9d 5G yang baru dilancarkan kini habis terjual di semua platform sebelum tempoh prapesanan berakhir pada 9 Oktober ini.
Pencapaian luar biasa ini telah mengatasi rekod jualan prapesanan HONOR X9c 5G bagi tempoh sama, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan X9d 5G sebagai telefon pintar Pilihan Utama Malaysia di dalam kategorinya. Walaupun peranti ini tidak lagi tersedia untuk prapesanan di saluran standard, ianya masih boleh didapati di Maxis, namun stok adalah terhad.
Kejayaan jualan prapesanan HONOR X9d 5G disebabkan telefon pintar ini menawarkan peningkatan hebat dengan enam penambahbaikan besar termasuk ketahanan dan prestasi lebih baik serta kapasiti bateri lebih besar. Kesemua peningkatan ini memberikan HONOR X9d 5G nilai luar biasa dalam segmen telefon pintar kelas pertengahan.
Tambahan pula, HONOR turut memberikan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, menjadikan HONOR X9d 5G satu-satunya telefon pintar yang menawarkan perlindungan seumpamanya. Jualan laris tersebut juga didorong oleh pakej hadiah percuma prapesanan eksklusif sebuah tablet Pad X7 yang menjadi rebutan ramai. Gabungan teknologi canggih dan nilai berbaloi ini membuatkan HONOR X9d 5G laris bagai pisang goreng dalam masa singkat.
Jam Tangan Pintar PERCUMA dengan Pembelian HONOR X9d 5G Mulai 10 Oktober
Namun, momentum tersebut tidak berhenti di sini. Menjelang jualan rasmi HONOR X9d 5G di seluruh negara pada 10 Oktober 2025, HONOR memperkenalkan satu lagi tawaran menarik iaitu jam tangan pintar HONOR Watch 2i PERCUMA dengan setiap pembelian peranti tersebut!
Aksesori percuma ini tersedia dalam tempoh terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Pembeli masih akan mendapat Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 hari, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, semua hadiah percuma ini bernilai RM946.
HONOR X9d 5G tersedia dalam 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + storan 256GB pada harga RM1,499, manakala storan 512GB berharga RM1,699. Ia didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black.
Bermula 10 Oktober, orang ramai boleh kunjungi kedai HONOR Experience Store terdekat atau laman web untuk membeli telefon pintar kelas pertengahan berprestasi tinggi di Malaysia dengan aksesori premium yang meningkatkan gaya hidup teknologi anda!
Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9d 5G, sila layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.